Masalah kehilangan baja tanaman dan racun sawah yang membelenggu petani di sekitar Kampung Chawi, Jejawi dekat sini terjawab dengan tangkapan tiga lelaki termasuk dua adik-beradik minggu lepas.
Ketiga-tiga suspek berumur 22, 26 dan 31 tahun, ditangkap Selasa lepas di mana polis merampas baja tanaman dan racun sawah bernilai RM33,755.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Supt Mohamad Zainal Abdullah berkata, suspek ditangkap semasa serbuan ke atas sebuah rumah pada jam 11 malam di mana mereka sedang khayal di bawah pengaruh dadah methamphetamine.
Menurutnya, polis turut merampas sebanyak 17 jenis racun dan baja tanaman yang dipercayai dicuri sewaktu menjalankan aktiviti pecah rumah dan stor.
Mohamad Zainal berkata, hasil siasatan selepas serbuan di rumah suspek, polis berjaya menjejak dan menangkap dua orang pembeli racun dan baja itu di kawasan perumahan di Chui Chak, Langkap, dekat sini yang menyimpan barangan tersebut.
Kata beliau, dua lelaki ini kemudiannya menjual baja dan racun curi tersebut dengan harga murah kepada petani di Chui Chak.
Tambahnya, rampasan racun itu terdiri daripada 157 botol dan 11 paket jenis racun dan baja yang dianggarkan bernilai RM14,147.
"Polis percaya masih terdapat banyak racun dan baja tanaman masih belum dirampas yang dianggarkan bernilai RM19,608 berikutan nilai keseluruhan kerugian daripada enam laporan kecurian sebanyak RM33,755.
"Kumpulan yang dikenali sebagai 'Along Musa' ini dipercayai aktif dengan kegiatan curi racun, baja, pecah rumah dan curi sawit sejak tiga tahun lalu," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah di sini, hari ini.
Jelas Mohamad Zainal, mengikut harga pasaran, kesemua racun dan baja itu dijual pada harga RM85 hingga RM129 dan mereka menjual hasil curi itu kepada pembeli separuh lebih murah berbanding harga asal.
"Hasil siasatan mendapati, suspek memecah masuk kawasan stor milik pesawah untuk mencuri racun dan baja tanaman sebelum ia dijual kepada pembeli.
"Hasil ujian air kencing terhadap ketiga-tiga suspek mendapati mereka positif dadah jenis methamphetamine. Selain itu, mereka juga memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah dan pecah rumah," katanya.
Menurut Mohamad Zainal, dengan tangkapan ketiga-tiga suspek, polis percaya kes kecurian racun dan baja tanaman di sekitar daerah Perak Tengah dapat diselesaikan sepenuhnya.
Tambahnya, ketiga-tiga suspek kini ditahan reman selama seminggu bermula 20 Feb lalu sehingga hari ini untuk membantu siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana melakukan kesalahan pecah rumah, Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan Seksyen 414 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan atau menghapuskan harta curi.
Mereka turut disiasat mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952.
Nazialita Geynna Maharan
Mon Feb 26 2018
Mohamad Zainal menunjukkan hasil rampasan baja dan racun tanaman yang dianggarkan bernilai sejumlah RM14,147. - Astro AWANI
Kenaikan tambang feri ke Langkawi bagi warga Malaysia dibatalkan
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd membatalkan kenaikan kadar tambang feri yang dijadualkan dikuatkuasakan 1 Januari depan susulan nasihat Kementerian Pengangkutan (MOT).
PM Thailand ke Putrajaya esok, perkukuh hubungan dua hala
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia sejak memegang tampuk kerajaan pada Ogos lalu atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Elaun kekal RM8 sehari, tak wajar bincang sekarang - Khaled
Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengekalkan kadar elaun RM8 sehari untuk peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang akan bermula bulan depan.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
[TERKINI] SAPP bebas membuat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional.
Kongres Khas PKR lulus pindaan perlembagaan parti dengan sokongan lebih dua pertiga perwakilan
Kongres Nasional Khas PKR 2024 hari ini meluluskan kesemua pindaan perlembagaan berkaitan proses pemilihan parti.
SAPP keluar, PN Sabah lemah
Pada PRN Sabah 2018, PN memenangi 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menggunakan logo sendiri.
Pada 2022, ahli Parlimen yang bertanding di bawah PN keluar parti dan menjadi ADUN parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS).
Kedua-dua gagasan serta SAPP adalah komponen Gagasan Rakyat Sabah.
Pada 2022, ahli Parlimen yang bertanding di bawah PN keluar parti dan menjadi ADUN parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS).
Kedua-dua gagasan serta SAPP adalah komponen Gagasan Rakyat Sabah.
Samsuri nafi peletakan jawatan ada kaitan dengan SAPP
Naib Presiden PAS, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung Perikatan Nasional tidak ada kaitan dengan pengunduran Parti Maju Sabah (SAPP) daripada perikatan itu.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Anwar sahkan ada perbincangan penyertaan Tengku Zafrul
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan wujud perbincangan awal berhubung Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul, menyertai parti PKR.
Elaun PLKN 3.0 kekal RM8 sehari
Kementerian Pertahanan akan mengekalkan kadar elaun RM8 sehari kepada peserta PLKN 3.0 yang akan bermula Januari ini.
AWANI Ringkas: Elaun PLKN 3.0 RM8 sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
SPRM siasat kartel bekal baja bernilai RM1.8 bilion
Beberapa siri serbuan telah dilakukan SPRM dalam tempoh dua hari di sekitar Kuala Lumpur.
Teknologi satelit, AI bantu petani perkasa pertanian digital
Kerjasama ini akan membantu petani meningkatkan hasil mereka sambil mengurangkan kesan alam sekitar pertanian.
Malaysia-Uzbekistan jalin kerjasama berkaitan beras, hortikultur, baja
Agenda perbincangan juga menjurus kepada prospek akses pasaran baharu produk pertanian.
Legasi 20 tahun usahakan kebun jambu batu Louhan
Awalnya bermula dengan 100 anak pokok jambu batu yang dibawa balik dari Taiwan dan ditanam di Batu Pahat secara percubaan pada 2000.
Lembu ditemui mati diracun di Machang
Penternak menyedari kejadian itu selepas menjumpai biji-biji berwarna putih, dipercayai baja, yang digunakan untuk meracuni ternakannya.
Pemimpin Afrika mahu pengecualian embargo import gandum, baja dari Rusia
Pengecualian sekatan kewangan terhadap Moscow oleh negara-negara Eropah untuk meneruskan perdagangan tenaga dengan Rusia juga harus diguna pakai terhadap import Afrika.
Harga baja, racun naik, kerajaan berusaha cari penyelesaian terbaik
MAFI berusaha mencari penyelesaian terbaik bagi membantu peladang dan petani yang terjejas dengan kenaikan harga baja dan racun.
Kenaikan harga baja dan racun: K'jaan bantu kurangkan beban pesawah, petani - PM
Kementerian Kewangan diarah menyelesaikan perkara itu bagi memastikan harga dikurangkan dan bantuan disediakan bagi mengurangkan beban petani.
MAFI bercadang wujud akta khusus untuk benih dan baja
Cadangan itu antara beberapa perkara yang dibincangkan dalam pertemuan dengan Kementerian Pertanian dan Perikanan Sabah pada Jumaat.
Teknologi dron kian popular dalam kalangan pesawah Kelantan
Idea penggunaan dron bagi melakukan kerja-kerja sawah tercetus selepas beliau gagal mencari orang untuk melakukan semburan racun dan baja di tanah sawah milik mentuanya di Endau, Johor.