Skip to main content

Malaysia

Misteri wanita jubah hitam, berwajah biru buat penduduk 'meremang' terjawab

41547464560_ORANGBIRU.jpg
Misteri wanita berjubah hitam dan berwajah 'biru' yang didakwa berkeliaran di beberapa kawasan di Kepala Batas, Pulau Pinang akhirnya terjawab apabila wanita itu akhirnya ditahan polis pada Isnin.

Wanita yang tular di laman media sosial sejak seminggu lalu itu sebenarnya  seorang wanita warga Indonesia.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor memaklumkan wanita itu ditahan pada jam 10 pagi tadi berdekatan Pajak Song iaitu lokasi  wanita misteri itu berkeliaran sehingga ia ditularkan pengguna laman sosial.

Noorzainy berkata, polis akan memohon perintah tahanan reman di Mahkamah Majistret Butterworth esok untuk menjalankan siasatan bagi mengetahui motif wanita itu berkeliaran di beberapa kawasan itu dalam keadaan mencurigakan.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen.

Foto ihsan pembaca Astro AWANI
Minggu lepas, penduduk sekitar daerah itu  digemparkan dengan seorang wanita yang berwajah biru, bertudung merah, berjubah hitam dan berkasut sukan menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan di kawasan yang menjadi tumpuan kanak-kanak.

Kejadian itu dirakamkan beberapa individu yang memuat naik video berkenaan ke laman sosial sehingga ia tular dan menjadi bualan hangat netizen.

Advertisement

Must Watch Video