AYER KEROH: Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) membabitkan institusi awam pertama di negeri ini akan mula beroperasi di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh pada Jumaat ini.
Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, PKRC yang akan menempatkan pesakit positif COVID-19 tahap satu dan dua itu diaktifkan susulan peningkatan kes mendadak dan pertambahan pesakit di PKRC Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, Selangor.
Menurut beliau, pembukaan itu akan menjadikan ia PKRC keenam di negeri ini selepas Asrama Jururawat Hospital Melaka; Penjara Sungai Udang, Penjara Koresional Jasin (PKJ); Depot Tahanan Imigresen Machap Umboo dan PKRC Henry Gurney.
"Pusat berkenaan itu akan menampung jumlah pesakit bergejala ringan dari negeri ini sahaja dengan penyediaan katil sebanyak 1,000 hingga 2,000 unit.
"Kerja-kerja persiapan PKRC giat dilaksanakan sebelum menerima pesakit pada 21 Mei ini," katanya ketika sidang akhbar selepas melihat persiapan PKRC di MITC Ayer Keroh di sini pada Rabu.
Hadir sama, Exco Kesihatan dan Antidadah, Datuk Rahmad Mariman; Exco Pelancongan, Warisan, Kebudayaan, Datuk Muhammad Jailani Khamis dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Hasim Hasan.
Mengulas lanjut, Sulaiman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu berkata, PKRC ini akan menggunakan ruang Dewan A, B dan C yang boleh menempatkan kapasiti maksimum seramai 1,200 pesakit selain kelengkapan lapan tandas di setiap dewan.
Beliau berkata, jumlah kapasiti katil di Hospital Melaka bagi rawatan pesakit Covid-19 juga telah mencecah 63 peratus, manakala jumlah katil bagi pesakit sama di unit rawatan rapi (ICU) hospital berkenaan mencapai kapasiti maksimum.
"Jadi 500 petugas barisan hadapan termasuk 200 daripadanya terdiri daripada kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan ditempatkan di PKRC itu.
"Sementara 285 pesakit yang sedang menerima rawatan di MAEPS Serdang, Selangor dikekalkan kerana pusat ini akan menerima pesakit baharu sahaja," katanya.
Ditanya mengenai situasi rumah ibadat bagi aktiviti keagamaan, Sulaiman berkata, beliau akan memantau data bermula 1Syawal lalu sama ada terdapat kes Covid-19 berkaitan dengan aktiviti keagamaan atau sebaliknya.
"Jika berlaku peningkatan kes dalam tempoh itu kita bersedia mengurangkan bilangan rumah ibadat yang beroperasi termasuk surau dan masjid bagi mengekang penularan kes di rumah ibadat," katanya.
Artikel asal di Sinar Harian: MITC jadi PKRC institusi awam Jumaat ini
Sinar Harian
Wed May 19 2021
Sulaiman (tengah) ketika melihat persiapan pembukaan PKRC institusi awam di negeri ini di MITC Ayer Keroh pada Rabu. -Foto Sinar Harian
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Melaka jadi tuan rumah Malaysia Bike Week Jun depan
Program selama tiga hari bermula 14 Jun sempena Bulan Permotoran Malaysia itu dijangka mempamerkan pelbagai aset terpilih.
TMM2024: Tempahan hotel MITC meningkat kepada 70 peratus sejak Januari
Ia bukti pemulihan sektor ekonomi perhotelan berjalan dengan lebih cepat berbanding 40-50 peratus tempahan pada hari biasa tahun lepas.
145 usahawan berkampung di Melaka sempena SDSI bermula 6 Okt ini
Sebanyak 145 usahawan dari 14 negeri bakal memeriahkan Pameran SDSI MADANI Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di MITC di sini selama tiga hari bermula Jumaat.
Anugerah Seri Melaka rai tokoh anak kelahiran negeri - Rauf
Kerajaan negeri akan memperkenalkan Anugerah Seri Melaka (ASM) bagi meraikan tokoh-tokoh anak Melaka yang berjaya serta menyumbang khidmat bakti di peringkat nasional mahupun di persada dunia.
Rumah Terbuka Aidilfitri peringkat negeri Melaka pada 25 April - Ab Rauf
Kerajaan negeri akan menganjurkan sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Negeri Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka MITC dari pukul 8 malam hingga 12 tengah malam pada 25 April ini.
Melaka sasar tiga projek usaha sama, pastikan anak syarikat capai keuntungan 20 peratus
Kerajaan Melaka menyasarkan sekurang-kurangnya tiga projek usaha sama dilaksanakan anak syarikat di bawahnya dengan kerjasama rakan kongsi perniagaan baharu dalam tempoh lima tahun.
Polis Melaka tutup satu laluan sempena Jelajah AKM
Penutupan jalan itu hanya membabitkan bulatan MITC menghala ke laluan masuk Hotel MITC bermula 8 pagi esok hingga 6 petang 16 Okt.
Lebih 5,000 peluang pekerjaan ditawar pada karnival kerjaya jamin kerja
Peluang pekerjaan berkenaan meliputi pelbagai sektor termasuk bioteknologi melibatkan lebih 30 majikan dari dalam dan luar Melaka.
Kejuaraan Pencak Silat Dunia: Malaysia rangkul tiga emas
Malaysia merangkul tiga pingat emas menerusi Kategori Artistik pada Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2022, yang berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).
Semangat Mat Kilau iringi Kejuaraan Pencak Silat Dunia
Dewan MITC gegak gempita dengan sorakan semangat lebih 500 peserta dari 40 negara yang mengambil bahagian.