Sejumlah 141 projek dengan nilai potensi pelaburan RM72.6 bilion telah dikenal pasti di Malaysia.
Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) mengunjurkan pelaburan itu adalah untuk tempoh sehingga tahun 2021.
Menurutnya, antara sektor yang menjadi sasaran kerajaan adalah sektor berkualiti tinggi, berintensifkan pengetahuan dan modal, berteknologi tinggi dan bernilai tambah tinggi, yang akan meningkatkan peluang pekerjaan berkualiti di Malaysia.
“Selain projek-projek yang telah diluluskan setakat Mac 2020 sebanyak RM37.4 bilion, MIDA juga sedang menilai sebanyak 725 permohonan baharu dengan anggaran jumlah pelaburan sebanyak RM36.7 bilion.
“Daripada jumlah keseluruhan ini, sebanyak RM19.2 bilion (52.3 peratus) merupakan pelaburan langsung domestik dan RM17.5 bilion (47.7 peratus) adalah pelaburan langsung asing,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) yang ingin tahu kesan negatif dan positif ke atas Malaysia sejak perang perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China serta akibat penularan COVID-19.
Ia termasuk langkah-langkah proaktif yang diambil untuk mengatasi cabaran itu termasuk defisit perdagangan serta keberkesanan langkah-langkah yang telah diambil.
Mohamed Azmin berkata kerajaan juga telah melihat bagaimana usaha-usaha baharu harus ditingkatkan termasuk meningkatkan kolaborasi serantau, apabila Malaysia dan negara-negara ASEAN telah bersetuju menandatangani Perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) pada hujung tahun ini.
“Ini adalah antara usaha untuk membuka pasaran baharu di peringkat serantau dan kawasan baharu. Kita harus ingat bahawa ASEAN mempunyai pasaran yang besar, penduduk seramai lebih kurang 650 juta orang.
“Sudah tentu ada potensi sekiranya Malaysia dapat meningkatkan daya saing di peringkat global dan serantau untuk memenuhi permintaan pasaran ini,” katanya.
Menurutnya, kerajaan melihat krisis perdagangan AS-China dapat membuka peluang baharu bagi Malaysia, namun negara harus menyiapkan diri dengan pendekatan dan dasar baharu pelaburan bagi memenuhi permintaan pasaran pada hari ini.
Harits Asyraf Hasnan
Thu Aug 13 2020
Sejumlah 141 projek dengan nilai pelaburan RM72.6 bilion telah dikenal pasti berpotensi untuk melabur di Malaysia, kata Azmin. - Foto BERNAMA
[TERKINI] KWSP akan struktur semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Kedua-dua negara juga berhasrat memperkukuhkan kerjasama mengenai perkongsian maklumat dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal.
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Isu penceramah pro-Zionis: 'Keluar! Anda tidak dialukan di negara ini!' - Rakyat Malaysia
Pada Rabu, Universiti Malaya (UM) mendapat kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dalam ceramahnya di universiti.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bersatu Tanjong Karang digantung
Bersatu Tanjong Karang digantung susulan ketua bahagiannya menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kutipan hasil Selangor dijangka meningkat RM100 juta mulai tahun depan - MB
Kerajaan Selangor menjangkakan kutipan hasil negeri tersebut meningkat sekitar RM100 juta selepas memperkenalkan tiga langkah baharu.
PN puji inisiatif MITI lancar rangka kerja i-ESG
Mohamed Azmin memuji inisiatif Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) melancarkan rangka kerja Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus Industri Nasional (i-ESG).
Azmin Ali nafi dakwaan keluar kenyataan berunsur fitnah terhadap Lim Guan Eng
Mohamed Azmin menafikan dakwaan beliau mengeluarkan sebarang kenyataan berunsur fitnah terhadap Lim Guan Eng ketika berucap pada kempen PRU15.
Mohamed Azmin minta Speaker tarik larangan pakai baju Melayu
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meminta Speaker baharu, Lau Weng San, menarik semula peraturan kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berhubung pemakaian baju kebangsaan.
Pembangkang tubuh jawatankuasa portfolio, semak imbang peranan Exco Selangor
Mohamed Azmin berkata peranan 10 ADUN PN dalam portfolio itu bertujuan memastikan perbincangan dan perbahasan semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor lebih berfokus.
Azmin dilantik Ketua Pembangkang DUN Selangor
Pengumuman itu dibuat Speaker DUN Selangor, Lau Weng San pada Mesyuarat Pertama (Angkat Sumpah) Penggal Pertama DUN Selangor ke-15.
Nahas Elmina: Azmin Ali sertai solat jenazah Shahrul Kamal
Azmin juga memaklumkan beliau sempat bertemu dengan bapa Allahyarham yang juga bekas juruterbang.
Kes Muhyiddin: Pertuduhan AMLA tidak boleh berdiri sendiri - Mohamed Azmin
Azmin menegaskan, oleh kerana kesalahan utama atau predikat telah dibatalkan, maka pertuduhan AMLA tidak boleh berdiri secara sendiri.
'Azmin berjaya raih simpati pengundi' - KJ
Menurut Khairy, walaupun Azmin dilabel sebagai pengkhianat, namun PRN kali ini memberi kejutan apabila undi masyarakat Melayu mula beralih kepada Perikatan Nasional (PN).