MITI, Matrade nafi gambar PM Najib diturunkan dari ruang ekspo Itali

Bernama
Disember 14, 2016 14:19 MYT
MITI dan Matrade menafikan gambar perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diturunkan dari ruang Pavilion Malaysia di Ekspo Milano, Itali, pada tahun lepas. -Gambar fail/Bernama
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) serta Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) hari ini menafikan gambar perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diturunkan dari ruang Pavilion Malaysia di Ekspo Milano, Itali, pada tahun lepas.
Menerusi satu kenyataan bersama hari ini, MITI serta Matrade turut menyangkal kejadian seumpamanya pernah berlaku sebagaimana didakwa oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi paparan video dalam talian.
"Kami kesal dengan cubaan untuk memperlekeh profesionalisme dan kecekapan para pegawai yang terbabit menguruskan ekspo itu," kata kenyataan itu. -- BERNAMA
#Ekspo Milano #Matrade #MITI #Muhyiddin Yassin #Najib Razak #Pavilion Malaysia