MALAYSIA
MITI seru pihak berkepentingan sertai usaha realisasi dasar automotif negara
Menurut Tengku Zafrul, dalam landskap pasaran ASEAN yang semakin kompetitif dengan tumpuan kepada kenderaan elektrik (EV), Malaysia perlu bertindak segera untuk memanfaatkan peluang dalam mobiliti hijau. - Foto Facebook Tengku Zafrul
KUALA LUMPUR: Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menyeru semua pihak berkepentingan dalam sektor automotif, terutamanya pemain industri, untuk berganding bahu secara aktif bagi merealisasikan dasar automotif yang seiring dengan hasrat negara.
Ringkasan AI
Menerusi hantaran di platfom X hari ini, beliau menegaskan bahawa sumbangan dan penglibatan pihak industri adalah amat penting, malah kejayaan Majlis Tokoh-Tokoh Automotif (CAEP) bergantung kepada kerjasama antara kerajaan dan pemain Industri.
"Mesyuarat CAEP kali ketiga membincangkan visi, masalah, dan cadangan untuk masa depan. Usaha ini sangat kritikal untuk memastikan kita dapat mengekalkan daya saing industri, kedudukan fiskal dan perdagangan, dan yang paling utama, kemampuan untuk mencapai matlamat iklim," kata beliau.
Menurut Tengku Zafrul, dalam landskap pasaran ASEAN yang semakin kompetitif dengan tumpuan kepada kenderaan elektrik (EV), Malaysia perlu bertindak segera untuk memanfaatkan peluang dalam mobiliti hijau.
"Kita perlu pastikan Malaysia menjadi peneraju serantau dalam pembuatan automotif berteknologi tinggi," kata beliau.
CAEP merupakan sebuah badan penasihat berprofil tinggi yang ditubuhkan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) pada Jun 2025.
Ia berperanan untuk mengemukakan syor strategik berhubung masa depan industri automotif negara, khususnya dalam konteks semakan separuh penggal Dasar Automotif Nasional 2020 (NAP 2020).
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menyeru semua pemain industri automotif berganding bahu merealisasikan dasar automotif negara.
- Beliau menekankan Malaysia perlu segera memanfaatkan peluang mobiliti hijau dan menjadi peneraju automotif berteknologi tinggi di ASEAN.
- Majlis Tokoh-Tokoh Automotif (CAEP) ditubuhkan MITI untuk memberi syor strategik masa depan industri, khususnya semakan NAP 2020.