KUALA LUMPUR: Tindakan bekas Pengerusi Persatuan Wanita Berjaya Sejati Malaysia (PWBSM) dan bekas bendaharinya menggunakan dua baucar bayaran palsu bagi peruntukan dana di bawah Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra) berjumlah RM1,600 mengundang padah apabila mereka didenda masing-masing RM3,500 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa.
J Lalitha Mani, 48, (pengerusi) dan B Shivaranjani, 42, (bendahari) dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim Azura Alwi.
Mahkamah memerintahkan kedua-dua wanita itu dikenakan hukuman penjara lima bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.
Mengikut dua pertuduhan itu, mereka didakwa bersama-sama menggunakan dua dokumen palsu iaitu baucar ‘Volunteer Services For Program Pemerkasaan Wanita India’ bagi peruntukan dana di bawah Mitra bertarikh 11 Oktober yang dikeluarkan oleh PWBSM masing-masing bernilai RM800.
Dokumen itu kemudiannya diberi kepada Priscilla Rachael, 27, dan G Govindan, 44, di Mitra, Kementerian Perpaduan Negara di Putrajaya pada 26 Oktober 2020.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara tidak melebihi dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Berdasarkan fakta kes, pada 28 Julai 2020, Lalitha Mani yang merupakan setiausaha merangkap Pengerusi PWBSM manakala Shivaranjani bendahari persatuan berkenaan ketika itu, telah menandatangani satu perjanjian antara kerajaan (Mitra) dan PWBSM di bawah Program Pembangunan Keusahawanan dan Kerjaya Masyarakat India bagi tahun 2020 untuk mendapatkan geran kewangan Mitra berjumlah RM1.1 juta.
Pihak Mitra telah membayar keseluruhan jumlah geran tersebut antara 12 Ogos 2020 hingga 19 Januari 2021 secara berperingkat sementara pihak PWBSM menyediakan laporan berkala berkaitan program terbabit.
Pada 26 Oktober 2020, Shivaranjani telah menghantar Laporan Berkala Prestasi Pelaksanaan Program Pemerkasaan Wanita anjuran PWBSM bertarikh 20 Oktober 2020 yang mengandungi dua baucar bayaran palsu kepada pihak Mitra.
Hasil siasatan mendapati, penerima baucar bayaran iaitu Priscilla dan Govindan tidak pernah menerima bayaran atau menandatangani baucar berkenaan pada 11 Oktober 2020.
Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Noor Syafina Mohd Radzuan memohon mahkamah menjatuhi hukuman setimpal dengan mengambil kira kes yang menggunakan dokumen palsu ini kerap berlaku.
Bagaimanapun, peguam, Devanandan S Subramaniam yang mewakili kedua-dua tertuduh, merayu agar Lalitha dan Shivaranjani dikenakan hukuman minimum.
"Lalitha kini bekerja sebagai guru tuisyen, perlu menanggung tiga anak manakala Shivaranjani baharu sahaja bekerja sebagai seorang eksekutif perolehan tenaga kerja," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jul 18 2023
J Lalitha Mani, 48, (pengerusi) dan B Shivaranjani, 42, (bendahari) dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim Azura Alwi. - Gambar hiasan
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Permohonan Geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India masih dibuka - Mitra
Lebih 200 badan bukan kerajaan dan syarikat telah memohon geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (PPSMI) 2025 yang dibuka sejak 2 Dis.
Dana RM30 juta program TVET bukti kerajaan tidak abai masyarakat India - Mitra
Sebanyak RM30 juta yang diperuntukkan bagi Program Khas Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Masyarakat India (MISI) KESUMA-MITRA.
Ramanan masih Pengerusi Jawatankuasa Khas Mitra
Ramanan yang baru dilantik Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, kekal memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Khas Mitra.
Mitra terima penarafan risiko 'rendah' daripada SPRM
Pemakluman itu dibuat secara rasmi kepada Mitra melalui satu surat ditandatangani Pengarah Bahagian Pengurusan Integriti Agensi (BPIA) SPRM.
Mitra telah agihkan RM62 juta kepada lebih 100,000 penerima
Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Mitra Datuk R. Ramanan berkata bantuan itu turut disalurkan ke Program Bantuan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) Mitra Untuk Masyarakat India.
Pegawai SPRM dipinjam ke Mitra, pantau pengurusan dana
Seorang pegawai SPRM akan dipinjamkan ke Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra).
Mitra disaran kerjasama dengan RISDA bantu wanita India ikuti TVET - Ahmad Zahid
Beliau turut berharap Mitra dapat mencari pembiayaan untuk wanita pelbagai bangsa di Bagan Datuk yang mahu mencari pendapatan sampingan.
Permohonan subsidi yuran IPT masih dibuka - Mitra
Mitra masih lagi membuka permohonan bagi subsidi bayaran yuran semester sekali bayar sebanyak RM2,000 sehingga 15 Sept ini.
Program Kompetensi KKP NIOSH-Mitra diperluas kepada golongan M40
Program Kompetensi KKP anjuran bersama NIOSH dan Mitra kini diperluas bagi merangkumi belia India daripada golongan M40.
Mitra: Bekas pengerusi, bendahari PWBSM didenda guna baucar bayaran palsu
Tindakan bekas Pengerusi PWBSM dan bekas bendaharinya menggunakan dua baucar bayaran palsu bagi peruntukan dana di bawah Mitra mengundang padah apabila mereka didenda di mahkamah.