awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pantau tingkah laku anak, elak jadi mangsa jenayah siber
Elak jadi mangsa penipuan rumah kebajikan palsu - Nancy
Empat lelaki ditahan cuba seludup haiwan ternakan guna jalan tikus
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MKN Selangor cadang wujud 'staging point' Maritim Malaysia di Perairan Sabak Bernam

Bernama
Bernama
27/09/2022
15:42 MYT
MKN Selangor cadang wujud 'staging point' Maritim Malaysia di Perairan Sabak Bernam
Kewujudan transit itu akan membantu mempercepat tindakan Maritim Malaysia jika terdapat aduan atau kecemasan di perairan utara Selangor itu. - Gambar fail
SABAK BERNAM: Majlis Keselamatan Negeri (MKN) Selangor bercadang mewujudkan staging point atau transit untuk Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di perairan daerah ini bagi operasi menyelamat dan mengawal pencerobohan haram.
Pengerusinya Tan Sri Noh Omar berkata kewujudan transit itu akan membantu mempercepat tindakan Maritim Malaysia jika terdapat aduan atau kecemasan di perairan utara Selangor itu.
"Pangkalan Maritim Malaysia terdekat di sini adalah di Pelabuhan Klang dan Lumut, Perak yang masing-masing dua dan tiga jam dari sini.
"Bayangkan jika nelayan di sini memerlukan bantuan atau apa-apa perkara tidak diingini berlaku, Maritim Malaysia akan mengambil masa lama untuk ke sini. Oleh itu, dengan adanya staging point ini akan memudahkan pihak Maritim Malaysia," katanya kepada pemberita selepas melawat Kelong Paradise, di perairan Sabak Bernam di sini hari ini.
Katanya, kewujudan transit itu juga berupaya mengawal kemasukan pendatang asing secara haram atau pencerobohan bot pukat tunda di kawasan zon larangan.
"Kita tidak menafikan Maritim Malaysia bertindak pantas namun jarak lokasi agak jauh," katanya.
Turut hadir Pengarah MKN Selangor Faizatul Aini Mohd Adnan, Pengarah APNM Selangor, Kapten Maritim V. Siva Kumar dan Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk S.Sasikala Devi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Maritim Malaysia
#perairan Sabak Bernam
#staging point
#MKN Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan