awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MKPN kesal dengan serbuan JAIS

Astro Awani
Astro Awani
06/01/2014
14:15 MYT
MKPN kesal dengan serbuan JAIS
Tan Sri Samsudin Osman berkata semua pihak perlu lebih prihatin dengan sensitiviti agama -BERNAMA
Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) kesal dengan serbuan yang dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas premis Persatuan Bible Malaysia di Damansara Kim, Khamis lalu.
Namun, pada masa yang sama, majlis itu meminta agar semua pihak mengekalkan perpaduan negara bagi mewujudkan keharmonian antara masyarakat berbilang kaum dan agama.
Pengerusinya, Tan Sri Samsudin Osman berkata, pendirian itu adalah antara sepuluh kesimpulan yang diperoleh hasil mesyuarat pertama MKPN yang diadakan di Kuala Lumpur.
Jelasnya, semua pihak perlu lebih prihatin dengan sensitiviti agama dan masyarakat dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menggugat keharmonian kaum.
Pada masa yang sama, Samsudin menegaskan MKPN hanya bertanggungjawab untuk mencari jalan penyelesaian mengenai isu perpaduan dan menyerahkan penyelesaian isu kalimah Allah kepada pihak yang berkenaan.
“Kita tidak bercakap mengenai kalimah Allah kerana itu merupakan isu yang berlainan. Itu adalah untuk pihak yang berkenaan untuk bercakap,” katanya.
“Kami kesal dengan serbuan dan perampasan Bible kerana ramai yang melihat ini sebagai suatu perlanggaran dan ianya tidak dapat diterima,” ujarnya lagi.
MKPN juga menggesa semua pemimpin parti politik agar lebih pro-aktif dalam memastikan hubungan baik sentiasa terjalin antara masyarakat berbilang kaum.
Tambahnya, dialog perpaduan antara rakyat yang pertama akan diadakan pada Feb 22 ini di ibu negara.
Ia akan turut dilangsungkan di 16 bandar lain di seluruh negara.
Selain itu, rundingan meja bulat akan diadakan dengan kumpulan kecil individu yang berkaitan bagi mendapatkan pandangan mengenai isu perpaduan negara.
MKPN dianggotai 30 individu yang terdiri daripada wakil pertubuhan bukan kerajaan, ahli akademik, ahli politik dan pemimpin masyarakat.
Topic Berkaitan
#Bible
#JAIS
#kesal
#MKPN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan