Upacara cium duit yang diadakan sebuah syarikat jualan langsung (MLM) yang dikatakan dapat merubah hidup ahlinya menjadi jutawan disifatkan khurafat dan mengarut semata-mata.
Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria berkata, ini semua perangkap dan taktik syarikat MLM itu untuk memujuk ahli-ahli baharu untuk menyertai mereka.
"Mengarut semua ini, jika percaya ia boleh membawa syirik dan menyesatkan kepercayaan umat Islam.
"Mana boleh kaya dengan cium duit, tidak ada duit yang akan turun dari mana-mana atau elemen semangat duit yang dikatakan MLM berkenaan," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.
Dr Harussani menyifatkan aktiviti cium duit yang dibuat sebuah syarikat MLM adalah khurafat dan mengarut. -Sumber gambar Facebook
Dr Harussani mengulas beberapa keping gambar di laman Facebook yang memaparkan kegiatan sekumpulan orang ramai mencium duit di sebuah program syarikat MLM yang mengundang pertikaian banyak pihak.
Ada pengguna media sosial yang menyifatkan tindakan itu sebagai syirik selain melangar ajaran Islam.
Khurafat ialah kepercayaan karut atau tahyul yang diada-adakan berpandukan kepada perbuatan-perbuatan dan kejadian-kejadian alam yang berlaku.
Sementara syirik adalah perbuatan menyekutukan Allah dalam apa juga bentuk sama ada perkataan, pegangan, perbuatan dan iktiqad iaitu dengan menjadikan suatu yang lain iaitu makhluk bernyawa atau tidak sekutu bagi Allah.
BACA: Kita tidak 'suap' duit untuk orang masuk Islam - Harussani
Dalam pada itu kata Dr Harussani, orang ramai turut diminta tidak terpengaruh dengan taktik MLM yang menggunakan wang tunai sebagai umpan menarik ahli baru.
"Kalau hendak duit yang banyak, belilah saham yang betul jalannya, jaminan keuntungannya dan tidak tertipu pada masa hadapan.
"Jangan buat karut dengan percaya amalan sebegini. Cium duit kononnya nanti duit datang seperti yang diajar MLM sebegini tidak boleh dipercayai sama sekali," ujarnya.
BACA: Terjemahan Al-Quran tanpa ayat asal diharamkan - Harussani
Dr Harussani menyifatkan aktiviti cium duit yang dibuat sebuah syarikat MLM adalah khurafat dan mengarut. -Sumber gambar Facebook
Sebelum ini, sebuah akhbar melaporkan kenyataan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Azih Muda yang mendedahkan lebih 60 peratus penjawat awam terutamanya melibatkan golongan muda di negara ini menjadi mangsa penipuan pelbagai kes sejak beberapa tahun lalu.
Kata Azih, antara kes penipuan tersebut termasuk pembelian rumah tidak siap, kad kredit, sindiket gores dan menang serta kegiatan MLM.
Menurutnya, faedah yang dimiliki oleh penjawat awam seperti kemudahan membuat pinjaman peribadi di bank dan urusan dokumentasi menyebabkan golongan tersebut sering menjadi sasaran penipuan.
Wan Syamsul Amly
Tue May 26 2015
DR HARUSSANI: Upacara cium duit ini semua khufarat dan mengarut. -Gambar fail
Mahkamah tolak permohonan 1MDB untuk pindahkan kes Riza Shahriz di hadapan hakim lain
Pesuruhjaya Kehakiman turut arahkan 1MDB supaya membayar kos RM5,000 kepada Riza Shahriz serta dua syarikatnya, Red Granite Pictures Incorporated dan Red Granite Capital Limited.
Pemilik akaun X hina anggota TLDM yang terkorban, pengamal media buat laporan polis
Tindakan itu dianggap melampau dan tidak menghormati sensitiviti keluarga yang masih berada dalam keadaan sedih akibat kehilangan ahli keluarga akibat tragedi tersebut.
MITI sedia pelan induk komprehensif semikonduktor pada Mei - Tengku Zafrul
Majlis Pelaburan Negara gesa agar satu pelan peringkat tertinggi industri semikonduktor diwujudkan, yang disifatkan sebagai industri kritikal serta strategik bagi ekonomi negara.
10 Berita Pilihan - (24 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI 7:45 [24/04/2024] – Penghormatan terakhir | Anak MB direman | Didakwa tujuh pertuduhan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Tradisi tentera laut iringi perjalanan terakhir wira negara
- Anak seorang Menteri Besar direman kes palsu dokumen lebih setengah juta
- Suspek kes tembak KLIA mengaku tak salah, cari peguam untuk perbicaraan
- Tekanan memuncak, sekali lagi pelayaran misi Flotila ke Gaza ditunda
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Tradisi tentera laut iringi perjalanan terakhir wira negara
- Anak seorang Menteri Besar direman kes palsu dokumen lebih setengah juta
- Suspek kes tembak KLIA mengaku tak salah, cari peguam untuk perbicaraan
- Tekanan memuncak, sekali lagi pelayaran misi Flotila ke Gaza ditunda
#AWANInews
Basmi kemiskinan: Sabah tingkat akses peluang ekonomi penduduk luar bandar
Usaha itu bukan sahaja memberi tumpuan kepada lapan daerah yang mengalami miskin tegar tetapi juga ke seluruh daerah di Sabah.
Sindiket beli ganja 100kg seminggu dari Thailand tumpas
Sindiket itu membuat pesanan ganja yang diseludup masuk ke negara ini dari Thailand dengan menggunakan perkhidmatan kurier.
Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla yang dijadualkan memulakan pelayaran pada 24 April 2024 (Rabu) sekali lagi ditangguhkan ke 26 April 2024 (Jumaat).
Ringgit ditutup rendah susulan indeks dolar AS kukuh
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7765/7780 berbanding dolar AS daripada 4.7785/7820 ketika ditutup semalam.
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh dua tahun
Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 777 berbanding 327 manakala 480 kaunter tidak berubah, 780 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.
Couple seat: 'Hendak tengok wayang atau beromen?' - Mufti Perak
Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria mahu operasi panggung wayang dikaji semula kerana ia merupakan satu bentuk maksiat yang merosakkan akidah umat Islam.
Isu Farah Ann: 'Gimnastik bukan untuk wanita Islam' - Mufti Perak
Mana-mana individu beragama Islam tidak boleh sewenang-wenangnya mempertikaikan hukum menunjukkan aurat kepada bukan muhrim yang sudah jelas termaktub di dalam al-Quran dan Hadis.
MLM cium duit: 'Ini semua khufarat dan mengarut' - Mufti Perak
Upacara cium duit yang diadakan sebuah syarikat jualan langsung (MLM) yang dikatakan dapat merubah hidup ahlinya menjadi jutawan disifatkan khurafat dan mengarut semata-mata.