MALAYSIA
MM2H lancar pusat sehenti di TRX, perkukuh tarikan Malaysia ke peringkat global
Program Malaysia My Second Home (MM2H) melangkah ke era baharu dengan pelancaran pusat sehenti pertama yang diurus sepenuhnya oleh sektor swasta di The Exchange 106, Tun Razak Exchange (TRX). - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Program Malaysia My Second Home (MM2H) melangkah ke era baharu dengan pelancaran pusat sehenti pertama yang diurus sepenuhnya oleh sektor swasta di The Exchange 106, Tun Razak Exchange (TRX).
Ringkasan AI
Langkah yang diterajui STF Revenue (MM2H) Sdn Bhd itu mencerminkan keyakinan berterusan terhadap prospek ekonomi dan daya saing Malaysia di peringkat global.
Menurut Pengarah Operasi Antarabangsa STF Revenue, Jonathan Low Choon Wai, pusat sehenti di TRX diwujudkan bagi memudahkan proses serta memberikan pengalaman yang lebih selesa dan cekap kepada peserta program.
“Kami mahu menjadikan pengalaman hidup di Malaysia sesuatu yang mudah, selesa dan menarik untuk pelabur, pesara dan profesional antarabangsa. Kehadiran kami di sini mencerminkan keyakinan terhadap negara sebagai hab gaya hidup dan pelaburan serantau,” katanya dalam satu kenyataan.
Majlis pelancaran tersebut dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Dato Shaharuddin Abu Sohot.
Majlis turut menyaksikan pemeteraian perjanjian kerjasama strategik antara STF Revenue dan Rivertree Group, melibatkan dua tokoh industri iaitu Datuk Wira Joey Yan dari STF Group dan Datuk Simon David Leong dari Rivertree.
Sementara itu, Simon dalam kenyataan sama berkata kerjasama terbabit bakal membuka ruang baharu bagi menarik minat pembeli antarabangsa untuk melabur dalam hartanah tempatan sambil mendapatkan sokongan visa dan penempatan jangka panjang melalui STF Revenue.
“Kami ingin memastikan apabila seseorang memilih Malaysia, mereka bukan hanya membeli rumah atau mendapatkan visa, tetapi membina kehidupan di sini,” ujarnya.
Turut memperkukuh ekosistem tersebut ialah kerjasama STF dengan pemain-pemain industri lain seperti penerbangan dan kewangan melalui Batik Air, yang menawarkan tiket penerbangan pergi balik percuma bernilai sehingga RM5,000 kepada pemohon MM2H yang layak di bawah program Batik x STF.
Manakala, kolaborasi STF dengan bank-bank tempatan pula menyediakan khidmat pembukaan akaun deposit tetap dan nasihat kewangan untuk pemohon-pemohon baru.
Langkah strategik ini dilihat sebagai sebahagian daripada usaha berterusan STF Group untuk menyokong agenda pelancongan dan pelaburan negara, selaras dengan persiapan Malaysia menyambut Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) yang dijangka menarik lebih ramai pelabur, pesara dan profesional antarabangsa ke negara ini.
Sehingga Julai 2025, MOTAC telah merekodkan lebih 3,300 permohonan baharu bagi program MM2H, membabitkan anggaran RM300 juta dana asing serta pelaburan hartanah melebihi RM430 juta.
Ringkasan AI
- Pelancaran pusat sehenti pertama MM2H di The Exchange 106 menunjukkan keyakinan terhadap prospek ekonomi Malaysia dan daya saing global.
- STF Revenue dan Rivertree Group menandatangani kerjasama strategik untuk menarik minat pembeli antarabangsa melabur dalam hartanah tempatan serta mendapatkan sokongan visa jangka panjang.
- Kolaborasi dengan Batik Air dan bank-bank tempatan menawarkan pelbagai faedah kepada peserta MM2H, seiring dengan persiapan Malaysia untuk Tahun Melawat Malaysia 2026.