PUTRAJAYA: Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) yang diaktifkan semula dengan syarat lebih ketat mulai November 2021, telah menerima 111 permohonan baharu, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Beliau berkata daripada jumlah permohonan yang diterima itu, Jabatan Imigresen telah meluluskan 15 permohonan bagi menyertai MM2H dengan tiga peserta telah berada di Malaysia.
"Baki permohonan yang ada sedang diproses kerana program ini memerlukan dokumen lengkap... ada yang tidak lengkap, maka sebab itu ada kelewatan terhadap permohonan," katanya kepada media selepas merasmikan Executive Lounge MM2H di Aras 5 Ibu Pejabat Jabatan Imigresen di sini pada Jumaat.
Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz pada Ogos tahun lepas mengumumkan MM2H yang dibekukan sebelum ini diaktifkan semula dengan melibatkan penambahbaikan ke atas dasar dan syarat permohonannya bagi tujuan mengimbangi aspek keselamatan dan ekonomi.
Antara penambahbaikan dalam program MM2H itu adalah penetapan jumlah peserta iaitu prinsipal dan tanggungan pada satu-satu masa dengan tidak melebihi satu peratus daripada jumlah warganegara Malaysia.
Pemohon juga perlu memiliki akaun simpanan tetap sekurang-kurangnya RM1 juta, berbanding syarat sebelum ini iaitu sekurang-kurangnya RM150,000 bagi pemohon 50 tahun ke atas dan RM300,000 bagi pemohon 50 tahun ke bawah.
"Kalau 111 permohonan ini diluluskan, mereka akan membawa masuk RM1 juta seorang berbanding dahulu hanya RM300,000 sahaja, itulah perbezaannya. Kalau tahun ini dapat lulus 1,000 permohonan contohnya, kita akan memperoleh RM1 bilion," kata Hamzah.
Program MM2H diperkenalkan pada 2002 yang membenarkan warga asing membeli hartanah dan tinggal di Malaysia untuk tempoh yang lama. Program itu dibekukan sementara pada Ogos 2020 bagi memberi ruang kepada KDN dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mengkaji serta menilai semula program berkenaan secara komprehensif.
Sejak Oktober tahun lepas, permohonan baharu MM2H dikendalikan Jabatan Imigresen merangkumi urusan berkaitan perkhidmatan pemprosesan permohonan sedia ada dan logistik.
Hamzah berkata sejak mula diperkenalkan, terdapat 55,010 pemegang pas aktif MM2H iaitu 27,285 pemegang pas prinsipal manakala baki adalah pemegang pas tanggungan.
Executive Lounge MM2H, yang dahulunya beroperasi di MOTAC, menyediakan ruang bagi memberikan keselesaan kepada peserta berurusan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 21 2022

Wakil pemohon mendaftar di kaunter bahagian visa, pas, dan permit Malaysia My Second Home (MM2H) pada Majlis Pelancaran Executive Lounge MM2H di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia. - Foto BERNAMA

Penjawat awam didakwa terima suapan RM300
Seorang Penolong Pegawai Pertanian di Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) daerah Lipis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan menerima suapan berjumlah RM300.

Sukan SEA Hanoi: Juwaidi-Fatin Nurfatehah ulangi detik emas Compound Berpasukan Campuran
Juwaidi-Fatin NurFatehah kembali bergandingan bagi mengulangi sensasi temasya Singapura 2015 dan Kuala Lumpur 2017.

Mansuh AP makanan: Perlu polisi menyeluruh tangani krisis
Polisi serta dasar yang menyeluruh berkait sekuriti makanan perlu dilaksanakan kerajaan selepas memutuskan untuk memansuhkan AP makanan.

Jumlah perdagangan Malaysia naik 21.3 peratus kepada RM231.44 bilion pada April 2022 - MITI
Prestasi perdagangan Malaysia mengekalkan momentum peningkatan pada April 2022 dengan jumlah perdagangan menokok 21.3 peratus tahun ke tahun kepada RM231.44 bilion.

Kes COVID-19 tidak naik mendadak selepas Aidilfitri, tahniah rakyat Malaysia! - Khairy
Khairy Jamaluddin percaya rakyat Malaysia ada kemampuan untuk menjayakan fasa peralihan ke endemik.

DUN Sarawak: Pengeluaran stok karbon dijangka jana pendapatan negeri RM315 juta setahun
Sarawak dijangka memperoleh sumber pendapatan baharu dianggarkan RM315 juta setahun, melalui pengeluaran stok karbon.

Rebat tunai sehingga 35 peratus galak penerbit luar jalani penggambaran di Malaysia - Finas
Tawaran rebat tunai 30 peratus melalui Insentif Penerbitan Filem di Malaysia (FIMI) itu adalah yang tertinggi berbanding negara lain.

DBKL teliti rekod penyewa, siasat dakwaan penghuni tinggal di PPR, PA percuma selama 12 tahun
Setakat ini, DBKL belum dapat mengesahkan dakwaan terdapat penghuni yang tinggal secara percuma selama 12 tahun di PPR dan PA.

Kuota Import | AP untuk beras masih kekal
Hanya empat jenis komoditi agromakanan tertentu tidak lagi dikenakan permit import (AP) atau kelulusan kuota import dan kebenaran mengimport.
![[TERKINI] Perjanjian Air Sungai Johor 1962 dibincangkan [TERKINI] Perjanjian Air Sungai Johor 1962 dibincangkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1967664/thumbnails/7372780881652944520195_640x360.jpg)
[TERKINI] Perjanjian Air Sungai Johor 1962 dibincangkan
Isu berkaitan Perjanjian Air Sungai Johor 1962 menjadi antara perkara yang dibincangkan dalam pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Luar Singapura Dr Vivian Balakrishnan semalam. Perdana Menteri dalam kenyataan terbaharu di laman Facebook hari ini, memaklumkan beliau menerima kunjungan Dr Vivian di pejabatnya di Putrajaya.

Isu tular jual data peribadi lebih 22 juta rakyat Malaysia bukan milik JPN - Hamzah
Satu siasatan sedang dilakukan pihaknya dan mendapati data yang dijual itu adalah koleksi penjual daripada sumber-sumber lain.

Ambil nilai murni Kaamatan untuk perkukuh kerjasama dalam kerajaan Sabah - Hamzah
Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata GRS berjaya membuktikan kemampuan dalam menggabungkan parti di negeri itu atas satu fokus yang sama.

Hanya individu dalam senarai khas dibenar guna polis pengiring - Hamzah
Hanya individu dalam senarai khas dibenarkan menggunakan khidmat polis pengiring dan perlu mendapat kebenaraan Ketua Polis Negara kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Airmata gembira Rohana terima taraf kewarganegaraan
Air mata gembira mengiringi Rohana Abdullah ketika dia melangkah ke atas pentas di Kementerian Dalam Negeri hari ini untuk mendapatkan taraf kewarganegaraannya.

Penerima taraf kewarganegaraan diingatkan berpegang prinsip Rukun Negara - Hamzah
Pemberian taraf kewarganegaraan itu merupakan satu anugerah tertinggi oleh kerajaan kepada mana-mana individu yang berkelayakan.

Kerajaan kaji semula pemberian pemegang Kad UNHCR kepada pelarian etnik Rohingya - Hamzah
Kajian itu perlu susulan ratusan tahanan etnik itu yang melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen Sungai Bakap dekat Bandar Baharu, Rabu lepas.

Tahanan Imigresen lolos: Pelarian Rohingya dilayan dengan baik - Hamzah
Kehadiran pelarian etnik Rohingya dilayan dengan baik walaupun Malaysia bukan negara yang menandatangani Konvensyen 1951 berkenaan Status Pelarian ataupun Protokol 1967.

PN nafi berbincang untuk jatuhkan pihak tertentu - Hamzah
Perikatan Nasional (PN) menafikan mengadakan perbincangan dalaman untuk menjatuhkan pihak tertentu.

104 tahanan Rohingya masih diburu - Hamzah
Seramai 104 tahanan etnik Rohingya masih diburu selepas melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen Sungai Bakap semalam.

Tahanan imigresen lolos: Hamzah arah siasatan terperinci kenal pasti punca
Semua agensi penguatkuasaan di bawah KDN telah dikerahkan dalam operasi bersepadu bagi menahan semula kesemua tahanan.