MMA gesa 'social media influencer' bantu galak masyarakat daftar program imunisasi COVID-19

Astro Awani
Mac 13, 2021 09:49 MYT
MMA antara lain menggalakkan pempengaruh media sosial, pemimpin masyarakat, ketua kampung dan ketua kumpulan agama untuk menyumbang tenaga mendorong komuniti masing-masing mendaftar awal. - Gambar hiasan/ EPA
KUALA LUMPUR: Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) bimbang dengan kadar pendaftaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sekali gus menggesa kumpulan berpengaruh termasuk pempengaruh media sosial bekerjasama menggalakkan orang ramai mendaftar.
Presiden MMA, Profesor Datuk Dr Subramaniam Muniandy dalam satu kenyataan hari ini, berkata jika kadar pendaftaran kekal seperti sekarang, negara mungkin tidak akan mencapai sasaran untuk memberi vaksin kepada 80 peratus populasi menjelang suku pertama 2022.
“Kita perlu menyasarkan untuk memberi vaksin seluruh populasi seawal mungkin pada tahun ini,” katanya.
Justeru, selain pempengaruh media sosial, MMA menggalakkan pemimpin masyarakat, ketua kampung, ketua kumpulan agama, pemimpin industri dan komuniti perniagaan menyumbang tenaga dalam mendorong komuniti masing-masing mendaftar awal.
Setakat 13 Mac, sebanyak 22.1 peratus populasi negara telah mendaftar untuk menerima vaksin menerusi aplikasi MySejahtera, iaitu sebanyak 5,355,970 pendaftaran.
Jumlah pemberian vaksin dos pertama setakat 12 Mac sebanyak 275,851.

Pecahan jumlah pendaftaran terkini mengikut negeri pada pukul 12 tengah malam ini. Daftar untuk vaksinasi sekarang: https://t.co/ZdjIpTu3qV #LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/RhTZkxitfo

— Vaksin COVID-19 (@JKJAVMY) March 13, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Kita telah menunggu lebih setahun untuk jalan keluar daripada pandemik ini dan jawapannya telah tiba.
“Namun, ramai rakyat Malaysia masih enggan mendaftar untuk pelbagai alasan, walaupun penyelesaian pandemik sudah tersedia.”
Tegas Dr Subramaniam, warga emas serta individu dengan komorbiditi perlu daftar dengan segera menjelang fasa kedua PICK untuk golongan ini pada April depan.
“Lebih cepat rakyat divaksin, lebih cepat negara dapat pulih daripada impak pandemik dengan perniagaan-perniagaan dapat melangsungkan operasi tanpa gangguan.”
#MMA #Malaysian Medical Association #Persatuan Perubatan Malaysia #Subramaniam Muniandy #Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan #COVID-19 #vaksin #daftar #MySejahtera