KUALA LUMPUR: Persatuan Perubatan Malaysian (MMA) berharap penubuhan suruhanjaya kesihatan bagi membawa Malaysia keluar daripada belenggu pandemik COVID-19 akan menjadi agenda utama Khairy Jamaluddin sebagai Menteri Kesihatan yang baharu.
Presidennya, Prof Datuk Dr M.Subramaniam dalam kenyataan hari ini berkata, kementerian kesihatan merupakan kementerian yang paling penting ketika ini, semasa negara sedang bergelut dalam memerangi pandemik itu.
"Ada juga isu yang sudah lama berlarutan seperti isu kontrak doktor, yang kita harap akan dapat diselesaikan. Mungkin Yang Berhormat Khairy Jamaluddin boleh menjadi menteri yang akan dapat menyelesaikan isu ini, mungkin kurang dari 100 hari," katanya.
[LAPOR LANGSUNG] Ini senarai anggota Kabinet Ismail Sabri
BACA: Tujuh pemimpin muda dilantik sertai Kabinet
Beliau berkata, Khairy telah membuktikan kewibawaan beliau sebagai pemimpin yang baik dalam melaksanakan tugasnya menerajui kementerian sebelum ini termasuk Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan juga menjadi menteri yang bertanggungjawab terhadap Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
"MMA juga berharap beliau mengiktiraf peranan penting penjagaan primer dalam ekosistem penjagaan kesihatan dan keperluan kerjasama dan kolaborasi erat bagi sektor awam-swasta dalam pengurusan."
MMA seterusnya mengucapkan tahniah kepada Khairy yang dilantik bagi menerajui Kementerian Kesihatan (KKM) dan berharap beliau akan dapat membawa idea yang baharu dan inovatif ke kementerian yang baru diterajuinya itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan senarai menteri Kabinet yang melibatkan lantikan 31 menteri, termasuk empat menteri kanan. - BERNAMA
Bernama
Fri Aug 27 2021
Persatuan Perubatan Malaysian harap penubuhan suruhanjaya kesihatan bagi membawa Malaysia keluar daripada belenggu pandemik COVID-19 akan menjadi agenda utama Khairy Jamaluddin. - Gambar fail BERNAMA
Pantau Belanjawan: Memartabatkan perumahan sebagai hak asasi
Pengarah Kajian Khazanah Research Institute (KRI), Dr Suraya Ismail berbicang lanjut mengenai akses kepada perumahan yang menangani masalah ini melalui 'kesamarataan' manusia di Malaysia.
Tujuh maut dalam kebakaran hospital di Tamil Nadu
Sekurang-kurangnya tujuh orang dilaporkan maut manakala ramai lagi cedera dalam insiden kebakaran di sebuah hospital di Dindigul, Tamil Nadu, India.
AWANI Ringkas: Pengerusi ASEAN dan TMM 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pengasas Blogger, Twitter dan Medium lancar aplikasi sosial baharu Mozi
Melalui Mozi, pengguna boleh melakukan perancangan mereka di sesuatu lokasi seperti lokasi yang akan disinggah, atau acara yang akan disertai.
Buaya di Teluk Batik: PERHILITAN nasihat orang awam berwaspada
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu pada Khamis.
[TERKINI] Zii Jia, beregu negara melangkah ke separuh akhir
Pemain perseorangan profesional lelaki negara, Lee Zii Jia, mengesahkan tempat ke separuh akhir selepas mencatat kemenangan kedua dalam Kumpulan A Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China, hari ini.
Pemain nombor lapan dunia itu meneruskan prestasi cemerlangnya dengan menewaskan pemain nombor dua dunia dari Denmark, Anders Antonsen, 21-14, 21-19 dalam masa 47 minit di Gimnasium Olimpik Hangzhou.
Pemain nombor lapan dunia itu meneruskan prestasi cemerlangnya dengan menewaskan pemain nombor dua dunia dari Denmark, Anders Antonsen, 21-14, 21-19 dalam masa 47 minit di Gimnasium Olimpik Hangzhou.
Permohonan Geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India masih dibuka - Mitra
Lebih 200 badan bukan kerajaan dan syarikat telah memohon geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (PPSMI) 2025 yang dibuka sejak 2 Dis.
Fikir dahulu sebelum kongsi di media sosial - Pakar
Dengan kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 di Dewan Rakyat, pengguna media sosial disarankan lebih bertanggungjawab dalam menggunakan platform tersebut bagi mengelak dikenakan tindakan undang-undang.
Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya, Profesor Komunikasi di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, menjelaskan bahawa maklumat yang dikongsi di media sosial akan kekal dirakam dalam sistem, menjadikannya mustahil untuk dihapuskan.
Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya, Profesor Komunikasi di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, menjelaskan bahawa maklumat yang dikongsi di media sosial akan kekal dirakam dalam sistem, menjadikannya mustahil untuk dihapuskan.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara pusat pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam bidang kecerdasan buatan (AI).
Anggaran pendapatan naik 12 peratus kepada RM1.67 bilion
Anggaran pendapatan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada 2025 meningkat 12 peratus kepada RM1.67 bilion dengan kutipan zakat disasarkan mencapai RM1.2 bilion.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd NaĆm Mokhtar ketika mengulas Bajet MAIWP 2025 pada Khamis berkata, anggaran perbelanjaan pula merekodkan RM1.67 bilion dengan perbelanjaan agihan RM1.34 bilion, pengurusan RM246 juta dan pembangunan RM87 juta.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd NaĆm Mokhtar ketika mengulas Bajet MAIWP 2025 pada Khamis berkata, anggaran perbelanjaan pula merekodkan RM1.67 bilion dengan perbelanjaan agihan RM1.34 bilion, pengurusan RM246 juta dan pembangunan RM87 juta.
MMA harap Khairy beri keutamaan kepada isu berkaitan pandemik
MMA harap penubuhan suruhanjaya kesihatan bagi membawa Malaysia keluar daripada pandemik COVID-19 menjadi agenda utama Khairy.