KUALA LUMPUR: Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menerima lebih 120 kes melalui talian aduannya HelpDoc dan daripada jumlah itu, 36 adalah kes buli.
Presiden MMA Dr Koh Kar Chai berkata HelpDoc yang dilancarkan pada 2017 adalah untuk memberi bantuan kepada pengamal perubatan dalam melaporkan kes buli tanpa rasa takut dicela dan menggalakkan mereka yang berada dalam bidang perubatan untuk menggunakan talian aduan itu tanpa rasa bimbang.
Ia juga menyedari hakikat bahawa kes buli mungkin tidak pernah dilaporkan kerana pengadu khuatir dikenakan hukuman selanjutnya.
"HelpDoc diwujudkan untuk doktor yang menghadapi masalah di tempat kerja dan mereka tidak perlu takut kerana sebarang laporan dibuat di luar talian dan kami akan melakukan susulan dengan doktor terbabit untuk menyelesaikan kes itu," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Sementara itu, Dr Koh mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah membuat penilaian terhadap 'pembuli' kerana sesuatu kejadian itu berlaku ada penyebabnya.
Beliau juga berkata sumber tekanan seperti kata-kata kasar, junior yang berulang kali melakukan kesilapan atau berpotensi menyebabkan kemudaratan kepada pesakit mungkin menjadi antara faktor penyumbang mengapa 'buli' berlaku.
Dr Koh mengulangi bekerja dalam bidang perubatan menghadapi banyak tekanan dan sehubungan itu, bantuan disediakan di pelbagai hospital sebagai unit khusus untuk mendapatkan khidmat kaunselor profesional dan pakar psikiatri.
"Kami juga mempunyai unit pengurusan tekanan untuk doktor yang terdapat di hospital, mempunyai kaunselor dan pakar psikiatri iaitu mereka boleh pergi dapatkan bantuan sekiranya mempunyai masalah.
"Unit-unit ini menyediakan khidmat secara berkala dengan doktor dan mereka boleh mendapatkan khidmat kaunselor sendiri jika mereka rasa tertekan," tambahnya.
Beliau juga berkata Kementerian Kesihatan perlu meneliti semua faktor penyumbang dalam menangani isu yang dihadapi oleh doktor muda ketika menjalani housemanship dan juga kebajikan doktor dalam sistem penjagaan kesihatan awam.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 10 2022
Dr Koh mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah membuat penilaian terhadap 'pembuli' kerana sesuatu kejadian itu berlaku ada penyebabnya. - Gambar fail
Lima laluan ditutup sementara sempena hari penamaan calon PRK KKB esok
Jalan yang terlibat bagi penutupan sementara itu ialah Jalan Merdeka, Jalan Abdul Hamid, Jalan Dato Muda Jaafar, Jalan Mat Kilau dan Jalan Kamarudin.
[TERKINI] Mahasiswa bersama Palestin
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis untuk menyampaikan seminar ilmiah, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan mereka terhadap Zionis dan sokongan mereka terhadap perjuangan membebaskan Palestin.
#AWANInews
#AWANInews
[TERKINI] Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Universiti Malaya sebelum ini menerima kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dan menuduh ahli politik Malaysia yang menyokong perjuangan Palestin menyebarkan kebencian terhadap Yahudi.
AWANI Ringkas: Peniaga didenda RM23,000, komen jelik nahas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thailand, 17 lagi negara gesa pembebasan segera tawanan di Gaza
Pemimpin 18 negara dalam satu kenyataan bersama menggesa pembebasan segera semua tawanan termasuk warganegara mereka sendiri yang ditahan Hamas di Gaza.
Kes jongkong emas: Saibulrijal didakwa lagi guna dokumen palsu
Mohd Saibulrijal Mohd Saad, 46, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Azrul Darus.
TSMC akan hasilkan cip 1.6nm menjelang 2026
Menurut TSMC, teknologi 1.6mm akan memberikan peningkatan prestasi sehingga 8-10% untuk voltan yang sama serta pengurangan penggunaan kuasa antara 15-20% pada kelajuan yang sama.
Anak syarikat SPNB berdepan tindakan penggulungan
Syarikat Wiradani Development Sdn Bhd telah menyerahkan notis untuk menggulung SPNB Aspirasi pada 3 Mei tahun lepas.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Lebih 30 peratus doktor dibuli - MMA
Sebanyak 30 hingga 40 peratus pengamal perubatan melaporkan pernah mengalami beberapa bentuk buli.
Musk, Zuckerberg bertarung di Rom?
Elon Musk mengumumkan pertarungan seni bela diri campuran (MMA) yang dinanti-nantikan dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Mark Zuckerberg akan berlangsung di Itali.
Khabib enggan latih Elon Musk
Bekas juara dunia divisyen Lightweight UFC, Khabib Nurmagomedov dilapor enggan melayan permintaan pengasas Tesla, Elon Musk yang mahu atlet seni bela diri campuran (MMA) itu melatihnya.
Persatuan perubatan sambut baik komitmen PM
Mereka faham mendapatkan jawatan tetap memerlukan komitmen kewangan jangka panjang yang signifikan daripada kerajaan,
MMA tidak setuju mogok doktor kontrak
MMA tidak bersetuju dengan tindakan mogok sebagai cara untuk mendesak kerajaan menangani isu-isu yang dihadapi doktor kontrak.
MMA persoal kerajaan henti pinjaman pelajar perubatan
Meskipun kerajaan perlu mengawal bilangan graduan dalam bidang itu, namun bukan dengan cara menghentikan pinjaman pengajian.
UFC 285: Alexa Grasso cipta kejutan, rampas kejuaraan dari Shevchenko
Alexa Grasso mencipta sejarah apabila menjadi petarung seni bela diri (MMA) wanita pertama dari Mexico untuk meraih gelaran kejuaraan UFC.
UFC 285: Jon Jones kembali lebih garang, raih kejuaraan heavyweight
Jon Jones kembali ke gelanggang Octagon, sekali gus meraih kejuaraan heavyweight selepas menumpaskan Ciryl Gane dari Perancis.
Atlet MMA Victoria Lee meninggal dunia pada usia 18 tahun
Atlet sukan seni bela diri campuran (MMA), Victoria Lee dilaporkan meninggal dunia pada 26 Disember lalu.
Presiden UFC sifatkan bola sepak tidak perlukan bakat, sekadar 'sukan untuk kanak-kanak'
Di sebalik dakwaan White, angka tontonan di Piala Dunia tahun ini mencapai angka luar biasa.