GADGETS
Mod desktop Android 16 diperlihat
Mod ini menampilkan taskbar seperti Chrome OS, ikon aplikasi aktif, dan sokongan aplikasi bersaiz reaktif yang boleh berubah mengikut saiz tetingkap. -Amanz
ANDROID 16 akan mempunyai mod desktop seakan Samsung DeX. Ini didedahkan beberapa bulan lalu selepas Android 16 Beta diberikan kepada pembangun.
Ringkasan AI
Semalam, Google akhirnya memperlihatkan rekaan akhir untuk mod desktop ini serta beberapa ciri yang akan disokong.
Google mengesahkan mod desktop dibangunkan dengan kerjasama Samsung yang sudah menawarkan DeX sejak 2017.
Dalam mod desktop, terdapat satu taskbar di bawah skrin dengan pintasan untuk melancarkan beberapa aplikasi mirip antara muka Chrome OS.
Seperti DeX, ikon aplikasi yang telah dibuka juga akan dipaparkan dalam taskbar. Di sebelah kiri pintasan aplikasi pula diletakkan butang untuk talam aplikasi yang terpasang dalam peranti.
Google mengatakan aplikasi yang dibangunkan dengan saiz reaktif akan secara automatik berubah mengikut saiz tingkap dalam mod desktop.
Sokongan saiz reaktif telah diusahakan oleh Google sejak mereka ingin menyokong peranti skrin lipat menerusi Android 12L.
Perubahan saiz aplikasi yang sama kemudiannya akan turut disokong dalam Android Auto dan Android XR.
Yang masih menjadi tanda tanya ialah sama ada mod desktop Android 16 akan disokong semua peranti yang menggunakan sistem operasi ini.
Samsung DeX sebagai contoh hanya disokong peranti kelas mercu siri Galaxy S dan Galaxy Z sahaja pada ketika ini. -Amanz
Ringkasan AI
- Android 16 akan hadir dengan mod desktop baharu yang menyerupai Samsung DeX, dibangunkan bersama Samsung dan kini diperlihatkan dengan rekaan akhir.
- Mod ini menampilkan taskbar seperti Chrome OS, ikon aplikasi aktif, dan sokongan aplikasi bersaiz reaktif yang boleh berubah mengikut saiz tetingkap.
- Masih belum jelas sama ada semua peranti Android 16 akan menyokong mod desktop ini, seperti mana DeX hanya tersedia pada peranti mercu Samsung.