GADGETS
Model AI Kimi K2 dengan 1 trilion parameter dilancarkan percuma secara sumber terbuka
Dua versi model diperkenalkan: Kimi-K2-Base untuk penyelidik dan pembangun, serta Kimi-K2-Instruct untuk perbualan am dan respons pantas. -Amanz
MOONSHOT AI melancarkan model kecerdasan buatan (AI) terkini mereka Kimi K2 secara sumber terbuka pagi ini.
Ringkasan AI
Model secara keseluruhan mempunyai 1 trilion parameter dengan 32 bilion parameter aktif pada satu-satu masa menggunakan senibina mixture-of-experts (MoE).
MoE ialah model yang dilatih untuk mendalami tertentu secara berasingan untuk menjadi pakar mengenainya.
Menurut Moonshot, Kimi K2 mempunyai kemampuan yang tinggi dalam ke pengetahuan perbatasan, matematik dan pengacaraan.
Dua model dilancarkan iaitu Kimi-K2-Base iaitu model asas untuk penyelidik dan pembangun yang mahukan kawalan penuh untuk penalaan teliti dan penyelesaian yang diperibadikan.
Kimi-K2-Instruct pula ialah model yang dilatih untuk perbualan am dan ajen yang menjawab soalan secara reflex tanpa berfikir panjang.
Dalam beberapa ujian penanda aras, Kimi K2 berjaya mencatatkan markah yang lebih baik berbanding model terkini OpenAI, Google, DeepSeek dan Perplexity. Kelebihan Kimi K2 ialah ia diberikan percuma tanpa perlu dibayar seperti dilakukan syarikat lain.
Bagi yang ingin menggunakan Kimi K2, Moonshot AI menawarkannya menerusi laman GitHub. -Amanz
Ringkasan AI
- Moonshot AI melancarkan model AI sumber terbuka terbaharu mereka, Kimi K2, yang menggunakan senibina mixture-of-experts (MoE) dengan 1 trilion parameter dan 32 bilion parameter aktif pada satu masa.
- Dua versi model diperkenalkan: Kimi-K2-Base untuk penyelidik dan pembangun, serta Kimi-K2-Instruct untuk perbualan am dan respons pantas.
- Kimi K2 mencatat prestasi lebih baik berbanding model dari OpenAI, Google dan lain-lain dalam ujian penanda aras, dan ditawarkan secara percuma melalui GitHub.