GADGETS
Model dwirangkaian 5G, langkah tingkat kecekapan liputan kepada pengguna
Persaingan yang sihat antara dua rangkaian 5G tersebut akan membuka peluang kepada liputan yang lebih menyeluruh, sekali gus menambah baik kualiti perkhidmatan. - Teo Nie Ching
PUTRAJAYA : Pendekatan model dwirangkaian 5G yang bakal dilaksanakan kerajaan menerusi keputusan mesyuarat Kabinet minggu lalu merupakan inisiatif pengukuhan terhadap daya saing infrastruktur digital negara serta langkah memacu perkhidmatan telekomunikasi di Malaysia.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching berkata, persaingan yang sihat antara dua rangkaian 5G tersebut akan membuka peluang kepada liputan yang lebih menyeluruh, sekali gus menambah baik kualiti perkhidmatan sedia ada ketika ini.
“Kerajaan berpandangan bahawa apabila capaian liputan 5G Digital Nasional Bhd. (DNB) berada pada paras yang baik iaitu pada kadar 80 peratus liputan di kawasan berpenduduk, pembangunan rangkaian 5G negara wajar diterajui semula oleh pemain-pemain industri.
“Selain menamatkan unsur monopoli yang sering dikaitkan dengan DNB, model dwirangkaian ini juga dapat menjamin kemampanan ekosistem industri telekomunikasi di Malaysia,” katanya kepada Astro AWANI ketika ditemui di pejabatnya di Kementerian Komunikasi dan Digital di sini pada Jumaat.
Ketika ini, rangkaian 5G negara dibangunkan oleh DNB sehingga ia mencapai sasaran 80 peratus liputan di kawasan berpenduduk menjelang hujung tahun ini.
Peranan DNB adalah untuk mempercepatkan pelaksanaan rangkaian menerusi pendekatan berdasarkan penawaran (supply-driven).
Menurut Nie Ching, rata-rata pihak penyedia perkhidmatan menyambut baik keputusan yang dibuat oleh kerajaan berhubung perkara ini.
Setakat ini, lima penyedia perkhidmatan telekomunikasi iaitu U Mobile Sdn. Bhd., Celcom Networks Sdn. Bhd., Digi Telecommunications Sdn. Bhd., Telekom Malaysia Bhd. (TM) dan YTL Communications Sdn. Bhd., menandatangani Perjanjian Akses dengan Digital Nasional Bhd. (DNB).
“Malah, mereka turut menyatakan kesediaan untuk memainkan peranan yang aktif dalam peralihan kepada model dwirangkaian, disamping bersama-sama memastikan sasaran jumlah liputan 5G ditetapkan ketika ini mampu dicapai menjelang akhir tahun ini.
“Apabila cadangan untuk dua rangkaian ini diuruskan oleh syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi, mereka menyambut baik dan memberi respon yang positif kerana merasakan ia adalah selaras dengan hala tuju serta formula diperkenalkan,” ujarnya.
Langkah tingkat kecekapan liputan kepada pengguna
Jelas beliau, peralihan kepada model dwirangkaian ini tidak memberi kesan negatif kepada pengguna 5G sedia ada, malah mereka akan terus menikmati perkhidmatan daripada langganan menerusi penyedia perkhidmatan masing-masing.
“Ini kerana rangkaian 5G dibangunkan DNB masih terus beroperasi dan perjanjian akses antara pihak penyedia perkhidmatan bersama DNB juga berlangsung seperti biasa.
“Kerajaan sememangnya membuat penelitian awal dari pelbagai sudut dengan meletakkan kepentingan rakyat sebagai asas utama dalam menentukan hala tuju pelaksanaan 5G negara,” jelasnya.
KKD baru-baru ini turut bersetuju membentuk Pasukan Petugas (Task Force) bagi memastikan sasaran 80 peratus liputan 5G menjelang penghujung 2023 dapat dicapai di samping memastikan kelancaran pelaksanaan dwirangkaian 5G di Malaysia.