MALAYSIA
'Model pelancongan berasaskan komuniti terbukti berjaya memacu daya tahan pelancongan domestik'
Persidangan dan Ekspo Pelancongan Berasaskan Komuniti 2025 buat julung kalinya diadakan di Kota Kinabalu, pada 28-29 Jun baru-baru ini. - Foto Astro AWANI
KOTA KINABALU: Pengenalan program Pelancongan Berasaskan Komuniti atau 'Community Based Tourism' (CBT) melalui Projek Pelancongan Lestari yang diperkenalkan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP), terbukti berkesan memacu sektor pelancongan di Malaysia dan rantau Asia.
Ringkasan AI
Menurut Wakil Tetap UNDP Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam, Sir Edward Vrkic, sejak 2021, UNDP telah bekerjasama dengan Kerajaan Malaysia bagi meningkatkan keupayaan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta menggabungkan inisiatif yang dipacu komuniti untuk memperkukuh daya tahan industri pelancongan domestik yang terkesan akibat COVID-19.
"Berasaskan model pelancongan lestari ini, fokus kami yang diperluas kepada CBT bertujuan menghubungkan komuniti kepada model yang telah terbukti berkesan di rantau ini, dengan visi untuk memajukan pelancongan inklusif dan lestari di seluruh negara,” katanya.
CBT ialah satu bentuk pelancongan lestari yang dimiliki, diurus dan dipacu oleh komuniti setempat.
Ia membolehkan pelawat dari dalam dan luar negara menyelami budaya tempatan dan ekosistem secara langsung sambil memberi manfaat sosial, ekonomi dan alam sekitar kepada komuniti tuan rumah.
Pihak UNDP selaku pelaksana telah memainkan peranan memberi tunjuk ajar dan pendedahan kepada komuniti setempat supaya masyarakat desa dan pihak kerajaan dapat memanfaatkan sumber alam semulajadi dengan berkesan dan produk tarikan pelancongan tempatan sebagai sumber rezeki kepada penduduk di daerah tertentu itu.
Edward Vrkic berkata demikian dalam satu kenyataan pada Persidangan dan Ekspo Pelancongan Berasaskan Komuniti 2025 yang julung kali diadakan di sini pada 28-29 Jun baru-baru ini.
Program berkenaan dianjurkan oleh Lembaga Pelancongan Sabah (STB) dengan kerjasama UNDP, dengan disertai pemain industri pelancongan tempatan dan antarabangsa termasuk dari Taiwan, China, Indonesia dan Brunei.
Persidangan kali ini turut mencapai satu pencapaian baharu dengan penyertaan pameran yang meluas dari Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak) dan Malaysia Barat (Semenanjung), melibatkan wakil persatuan pelancongan antaranya dari Kelantan, Perak, Terengganu, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Perlis.
Sementara itu, penganalisis program yang juga mengetuai Projek Pelancongan Lestari di UNDP, Norhafiza Shafie berkata, kayu ukur kejayaan dalam membentuk CBT adalah reka bentuk bersama dan yang mengambil kira kemahuan komuniti setempat.
"Memandangkan negara kita menuju ke arah negara tua, penglibatan golongan belia dalam merangka CBT juga sangat penting. Selain itu, apabila bercakap mengenai kerjasama, CBT mempunyai unsur perkongsian sumber yang mampu berjaya jika dilaksanakan dengan betul,” katanya sewaktu sesi persidangan berkenaan.
Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Look Alike, Dr Wanvipa Phanumat berkata, penawaran CBT merupakan model kerjasama dan muafakat setempat.
"Ada komuniti hanya menawarkan makanan, ada yang hanya produk, ada pula yang hanya homestay (inap desa), kerana setiap komuniti berada pada tahap kesediaan yang berbeza.
"Apa yang penting ialah pemilikan oleh komuniti itu sendiri, kerana kami tidak mahu fikirkan bagi pihak anda. Pembelajaran berterusan juga penting.
"Kita perlu sentiasa belajar semula dan menambah kemahiran, contohnya dengan memanfaatkan trend kesejahteraan, bagaimana kita boleh menyampaikan perkhidmatan yang berkualiti dalam konteks tempatan?” katanya.
Pada persidangan itu, beberapa pengusaha pelancongan di pedalaman Sabah berkongsi kisah kejayaan mereka bersama pelancong dari Thailand, Taiwan dan Indonesia.
Sesi perkongsian ilmu dan jaringan itu bertujuan memperkukuhkan inisiatif tempatan dan menunjukkan amalan terbaik dalam membangunkan sektor CBT di negara ini.
Selain itu, Rohizam Md Yusoff, Champion Tourism Productivity Nexus di Perbadanan Produktiviti Malaysia di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri, dalam ucaptamanya memaklumkan, peranan CBT adalah tonggak kepada pertumbuhan ekonomi negara.
Senada dengan beliau, Maulita Sari Hani dari Rangkaian Eko-Pelancongan Asia, yang menjelaskan tentang ketahanan jangka panjang yang boleh dicapai melalui CBT serta bagaimana cabaran seperti kos permulaan yang tinggi dapat diatasi melalui kerjasama strategik dan dasar yang betul.
Ringkasan AI
- CBT Pacu Pelancongan Lestari dan Ekonomi Komuniti - Program Pelancongan Berasaskan Komuniti (CBT) yang diperkenalkan oleh UNDP sejak 2021 terbukti berkesan memulihkan sektor pelancongan dan memperkukuh ekonomi komuniti selepas pandemik, dengan memberi tumpuan kepada penglibatan dan pemilikan komuniti setempat.
- Kerjasama Tempatan dan Antarabangsa Perkukuh CBT - Persidangan dan Ekspo CBT 2025 menghimpunkan pemain industri dari dalam dan luar negara untuk berkongsi pengalaman, menonjolkan amalan terbaik, serta memperkukuh rangkaian pelancongan di seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan Semenanjung.
- Reka Bentuk CBT Perlu Libatkan Komuniti dan Belia - Kejayaan CBT bergantung kepada reka bentuk bersama dengan komuniti, penyertaan belia, pembelajaran berterusan, serta kerjasama strategik untuk mengatasi cabaran seperti kos permulaan tinggi dan memastikan keberkesanan jangka panjang.