CAMBRIDGE: Syarikat Farmaseutikal Moderna komited membangunkan suntikan tambahan vaksin untuk menyekat penularan varian Afrika Selatan dan varian lain.

Tambah syarikat itu, vaksin baharu tersebut adalah dalam bentuk suntikan tambahan satu dos dan ia akan diserahkan kepada pihak pemantau untuk diuji.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Moderna, ketika ini vaksin itu tidak tergugat dengan varian UK namun sedikit tergugat dengan varian Afrika Selatan dan Brazil.

Namun menurutnya, tahap antibodi dalam badan penerima adalah masih tinggi, melebihi apa yang ditetapkan.

Moderna turut menjangkakan mampu untuk menggabungkan suntikan penggalak untuk varian UK, Brazil dan Afrika Selatan dalam satu.