awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suruhanjaya Eropah berikan 40,000 tiket kereta api percuma kepada belia
Setitis sumbangan, sejuta harapan: Rumah kebajikan di Rawang bakal dijual, kanak-kanak rayu bantuan
Peguam Nick Reiner tarik diri daripada kes bunuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MOF jelaskan mengenai pengecualian cukai untuk badan agama

Bernama
Bernama
10/01/2017
02:04 MYT
MOF jelaskan mengenai pengecualian cukai untuk badan agama
OTHMAN: Pindaan terhadap Akta Cukai Pendapatan 1967 bertujuan untuk memastikan pendapatan mereka digunakan secara khusus bagi tujuan keagamaan. - Gambar fail
Kementerian Kewangan menjelaskan bahawa pindaan terhadap Akta Cukai Pendapatan 1967 bukan bertujuan mengenakan cukai terhadap badan agama, sebaliknya untuk memastikan pendapatan mereka digunakan secara khusus bagi tujuan keagamaan dan amal.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Othman Aziz berkata pindaan itu terpakai bagi semua badan agama termasuk Islam dan bukan Islam untuk melayakkannya dikecualikan daripada membayar cukai bermula dari taksiran tahun ini.
"Pengecualian cukai (terhadap badan agama) adalah suatu cara bagi kami untuk memastikan pendapatan, seperti daripada derma, digunakan untuk tujuan amal dan mengajar ilmu agama serta beribadat.
"Ini untuk mengelak pihak tertentu daripada menyalahgunakannya bagi tujuan lain dengan bertopengkan badan agama," katanya kepada pemberita selepas majlis taklimat mengenai Bajet 2017 di sini, pada Isnin.
Pindaan terhadap akta itu, yang menyebabkan banyak badan agama keliru terutama dalam kalangan badan agama bukan Islam, melibatkan perenggan 13(1)(b) Jadual 6 Akta berkenaan yang menyatakan bahawa pengecualian cukai hanya terpakai bagi sumbangan, yang diterima pertubuhan dan institusi agama bukan mencari keuntungan, digunakan hanya untuk tujuan amal.
Othman berkata pindaan terhadap akta itu boleh mengatasi kebimbangan bahawa derma yang diterima digunakan untuk membiayai aktiviti militan.
Beliau memberitahu ada individu yang memperoleh pendapatan lebih RM10,000 sebulan tidak mengisytiharkan pendapatan mereka kerana mereka bekerja dengan badan agama yang dikecualikan daripada membayar cukai.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Akta Cukai Pendapatan 1967
#Bajet 2017
#Datuk Othman Aziz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan