awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor tolak permohonan bina eskalator di Gua Batu Caves atas nama individu - Exco
Fasa pertama Banci Ekonomi 2026 fokus sektor informal, termasuk peniaga dalam talian - DOSM
Peranti eBraille memudahkan OKU penglihatan akses al-Quran, ilmu agama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MOF kata ekonomi Malaysia tumbuh: Apa maknanya kepada kita?

Harits Asyraf Hasnan, Ibrahim Sani
Harits Asyraf Hasnan, Ibrahim Sani
06/09/2019
11:17 MYT
MOF kata ekonomi Malaysia tumbuh: Apa maknanya kepada kita?
Kesan daripada lencongan dagangan telah membantu eksport Malaysia ke China dan Amerika Syarikat (AS) dalam bulan Julai 2019. - Gambar fail
EKSPORT Malaysia untuk bulan Julai 2019 meningkat 1.7 peratus kepada RM88.0 bilion daripada RM86.5 bilion setahun yang lalu, meskipun suasana antarabangsa kekal mencabar akibat ketegangan perdagangan yang memburuk dan kelembapan pertumbuhan ekonomi global.
Itu apa yang dikata Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan media hari ini.
Apa maknanya kepada Malaysia?
Pertumbuhan ekonomi Malaysia masih baik walau pun terdapat jangkaan negatif. Ia menunjukkan kesan positif seperti yang diharapkan oleh kerajaan. Contohnya, ‘ahli nujum’ ekonomi dari Bloomberg meramalkan eksport Malaysia jatuh 2.5 peratus. Hakikatnya, ekonomi Malaysia naik 1.7 peratus.
BACA: Perang dagang jejas APEC: Mahathir garis empat polisi kelangsungan ekonomi
Kesan daripada lencongan dagangan telah membantu eksport Malaysia ke China dan Amerika Syarikat (AS) dalam bulan Julai 2019 masing-masing meningkat setinggi 3.8 peratus dan 7.9 peratus berbanding setahun yang lalu. Bank Negara Malaysia (BNM) dalam sebuah laporannya baru-baru ini menyatakan Malaysia telah meraut pasaran import negara China dan AS yang lebih besar untuk barangan tertentu.
Apa maknanya kepada kita?
Ini bermakna, kitalah untung daripada perang dagangan AS-China. Contohnya, import alatan elektronik dari AS naik lebih 10 peratus. Manakala import China dari Malaysia pula naik hampir 25 peratus.
Adakah peluang pekerjaan akan bertambah?
Ya. Ini kerana menurut MOF, syarikat-syarikat besar seperti Agilent, Dell, Freescale, Motorola, Texas Instruments dan Western Digital merancang untuk mengembangkan bisnes mereka di Malaysia dalam tempoh lima tahun yang akan datang.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#AS
#Bank Negara
#Bank Negara Malaysia
#China
#ekonomi
#Kementerian Kewangan
#Mahathir Mohamad
#perang dagang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan