MALAYSIA
MOF laksana mekanisme semak dan imbang atasi ketirisan kontrak kerajaan
Lim berkata MOF yakin pelaksanaan RUU Perolehan Kerajaan 2025 serta hukumannya dapat memberi impak positif dalam usaha mengatasi ketirisan membabitkan kontrak-kontrak kerajaan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kerajaan menerusi Kementerian Kewangan (MOF) melaksanakan pendekatan mekanisme semak dan imbang ke atas perolehan projek-projek kerajaan bagi memastikan tiada ketirisan berlaku, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.
Ringkasan AI
Bercakap pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini, beliau berkata mekanisme itu termasuk lawatan pematuhan secara berjadual, lawatan mengejut 'flying squad' (sepasukan pakar dikerah melakukan tugasan tertentu secara pantas) serta pelaksanaan latihan khusus kepada pegawai yang menguruskan perolehan dan sebagainya.
"Kerajaan juga komited dengan menguatkuasakan pelaksanaan perolehan secara tender terbuka bagi memastikan tiada ketirisan berlaku dan cara ini juga selari dengan amalan di peringkat antarabangsa," katanya.
Beliau menjawab soalan Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) mengenai perancangan kerajaan Persekutuan bagi mengatasi masalah ketirisan membabitkan kontrak-kontrak kerajaan yang melibatkan kerugian dana awam bernilai berbilion ringgit.
Menyentuh Rang Undang-Undang (RUU) Perolehan Kerajaan 2025 yang dibentangkan bagi bacaan kali kedua, Lim menegaskan ini dapat mengukuhkan lagi aspek tadbir urus perolehan kerajaan dengan kuasa perundangan yang turut merangkumi hukuman lebih tegas bagi pelanggaran tatacara.
"RUU ini digubal selaras dengan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) yang diterajui oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan RUU ini akan memperkasa tadbir urus perbelanjaan dana kerajaan," katanya.
Lim berkata MOF juga yakin pelaksanaan RUU berkenaan serta hukumannya dapat memberi impak positif dalam usaha mengatasi ketirisan membabitkan kontrak-kontrak kerajaan.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Kementerian Kewangan melaksanakan mekanisme semak dan imbang terhadap perolehan projek kerajaan termasuk lawatan pematuhan berjadual, lawatan mengejut 'flying squad' dan latihan khusus kepada pegawai bagi mengelakkan ketirisan.
- Kerajaan komited melaksanakan perolehan secara tender terbuka selaras dengan amalan antarabangsa, serta membentangkan Rang Undang-Undang Perolehan Kerajaan 2025 yang memperkukuh tadbir urus dan mengenakan hukuman lebih tegas terhadap pelanggaran tatacara.
- RUU tersebut digubal selaras dengan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) dan diyakini mampu memberi impak positif dalam usaha mengatasi ketirisan kontrak kerajaan serta memperkasa pengurusan dana awam.