awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MoF lulus pelantikan MyEG sebagai ejen kutipan hasil kerajaan

Bernama
Bernama
07/07/2023
12:51 MYT
MoF lulus pelantikan MyEG sebagai ejen kutipan hasil kerajaan
Menurut MyEG, terma lanjutan akan dimuktamadkan berdasarkan perbincangan selanjutnya dengan kerajaan apabila tiba masanya.
KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan (MoF) telah meluluskan pelantikan MyEG Services Bhd (MyEG) sebagai ejen kutipan hasil kerajaan dan melanjutkan peranan syarikat itu sebagai penyedia perkhidmatan dalam talian Jabatan Imigresen Malaysia, kata MyEG.
Menurut penyedia perkhidmatan e-kerajaan itu, terma lanjutan akan dimuktamadkan berdasarkan perbincangan selanjutnya dengan kerajaan apabila tiba masanya dan perjanjian untuk memformalkan pelanjutan itu akan ditandatangani kemudian.
"Lembaga pengarah berpendapat lanjutan itu memberi manfaat kepada syarikat dan dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih sesaham syarikat bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2023 dan selanjutnya," katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.
Menurutnya syarikat tidak menjangkakan sebarang risiko berkaitan pelanjutan itu buat masa ini dan tiada pengarah dan/atau pemegang saham utama dan orang yang berkaitan dengan pengarah dan/atau pemegang saham utama mempunyai apa-apa kepentingan, secara langsung atau tidak langsung dengan pelanjutan itu.
Katanya syarikat itu akan membuat pengumuman yang diperlukan pada masa sesuai kepada Bursa Malaysia Securities untuk perkembangan selanjutnya pelanjutan itu sekiranya terdapat maklumat penting di bawah Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MyEG
#kerajaan
#hasil kerajaan
#perkhidmatan dalam talian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan