awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MOF perlu segera lantik firma audit akaun 1MDB - PAC

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
11/06/2015
10:05 MYT
MOF perlu segera lantik firma audit akaun 1MDB - PAC
NUR JAZLAN: PAC akan meneruskan siasatan dengan memanggil sesiapa yang berkaitan atau bertanggungjawab atas keadaan kewangan 1MDB. -Gambar fail
PAC tidak pernah umumkan ia 'berpuas hati' dengan penjelasan Deloitte berhubung laporan audit ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) setakat 31 Mac 2014.
Pengerusinya Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata pihaknya mempunyai pendapat yang berbeza namun hanya boleh mengumumkannya selepas siasatan ke atas 1MDB selesai.
"Kami faham situasi Deloitte di mana ia masih belum diarahkan untuk mengaudit 1MDB sehingga tahun kewangan berakhir 31 Mac 2015.
"Oleh itu, saya berharap Kementerian Kewangan dapat mengarahkan secepat mungkin supaya akaun-akaun 1MDB diaudit bagi tujuan siasatan," kata Nur Jazlan dalam satu sidang media di pekarangan Dewan Rakyat petang tadi.
Tambah beliau, kelewatan laporan audit terkini akaun syarikat tersebut akan sedikit sebanyak mempengaruhi prosiding siasatan yang dijalankan PAC.
Namun, tegas Nur Jazlan, PAC akan meneruskan siasatan dengan memanggil sesiapa yang berkaitan atau bertanggungjawab atas keadaan kewangan 1MDB.
"Proses siasatan ini memerlukan laporan audit terkini supaya kita dapat mengenal pasti apa yang telah berlaku selepas 31 Mac 2014 hingga kini.
"15 bulan merupakan satu tempoh yang lama dan akaun syarikat ini perlu diaudit. Saya sarankan Kementerian Kewangan untuk segera mengeluarkan arahan bagi memulakan proses mengaudit tersebut," kata Nur Jazlan.
Topic Berkaitan
#1MDB
#Kementerian Kewangan
#laporan audit
#Nur Jazlan Mohamed
#PAC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan