awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MoF pertimbang wujudkan cawangan bank di Kalabakan - Mohd Shahar

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
20/09/2021
06:28 MYT
MoF pertimbang wujudkan cawangan bank di Kalabakan - Mohd Shahar
Keperluan mewujudkan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sesuatu kawasan dibuat berdasarkan populasi di lokaliti berkenaan. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan (MoF) akan mempertimbangkan untuk mewujudkan cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) di Kalabakan, Tawau, kata Timbalan Menteri Kewangan I, Mohd Shahar Abdullah.
Ini kerana ketika ini penduduk di sana bergantung sepenuhnya kepada perkhidmatan ejen kewangan untuk melakukan proses transaksi kewangan.
‘’Penggunaan ejen bank sebenarnya mirip kepada bank dan saya tahu keperluan Yang Berhomat Kalabakan untuk mewujudkan bank di kawasan yang disebutkan tadi.
‘’Untuk makluman melalui ejen perbankan mereka (penduduk) juga dapat mewujudkan transaksi perbankan yang sama seperti mana dengan bank seperti menunaikan bantuan kewangan, deposit tunai, pemindahan dana atau membuat bayaran utiliti.
‘’Walaupun pandangan Yang Berhormat Kalabakan untuk mewujudkan di Kalabakan, kita akan pertimbangkan di masa akan datang,’’ katanya.
Mohd Shahar berkata demikian sebagai menjawab soalan daripada Ahli Parlimen Kalabakan Ma'mun Sulaiman yang menggesa Kementerian Kewangan untuk mewujudkan satu cawangan BSN di sana.
Dewan Rakyat | Kementerian Kewangan pertimbang wujudkan bank di Kalabakan
Sementara itu tambahnya, keperluan mewujudkan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sesuatu kawasan dibuat berdasarkan populasi di lokaliti berkenaan.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Ahli Parlimen Hulu Rajang, Datuk Wilson Ugak Kumbong, yang menggesa agar Kementerian Kewangan menambah bilangan mesin ATM di Belaga dan Sungai Asap.
‘’Saya akui jarak di antara Sungai Asap dengan pekan Belaga itu adalah satu jarak yang panjang hampir 90 kilometer mengambil masa lebih kurang hampir dua jam.
‘’Itu sebabnya Yang Berhormat kita mesti melihat secara keseluruhan untuk kita mewujudkan sesuatu kemudahan di kawasan setempat berdasarkan berdasarkan kepada populasi,’’ katanya.
Dewan Rakyat | Penubuhan mesin ATM bergantung kepada populasi
Terdahulu, Wilson berkata permintaan yang tinggi di Belaga dan Sungai Asap menyebabkan orang ramai terpaksa beratur panjang untuk melakukan transaksi kewangan.
Ketika ini, terdapat satu mesin ATM milik BSN di Belaga manakala perkhidmatan bank bergerak disediakan dua kali seminggu di Sungai Asap.
Topic Berkaitan
#cawangan bank
#Mohd Shahar Abdullah
#Dewan Rakyat
#MOF
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan