awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MOF sedia bertindak jika Bon Samurai terbitan kali kedua diteruskan

Bernama
Bernama
08/09/2019
13:00 MYT
MOF sedia bertindak jika Bon Samurai terbitan kali kedua diteruskan
Dr Mahathir berkata Malaysia telah mendapat persetujuan Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe bagi terbitan bon tersebut. Foto sewaktu pertemuan kedua-dua pemimpin dalam mesyuarat dua hala pada Mei tahun ini.
Kementerian Kewangan bersedia untuk bertindak sekiranya terbitan bon Samurai kali kedua diteruskan.
Dalam satu kenyataan hari ini, Kementerian Kewangan berkata pihaknya menunggu arahan selanjutnya daripada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kenyataan beliau pada sidang media di Kyoto, Jepun pada Sabtu bahawa Malaysia mahu terbitan bon Samurai kedua diteruskan.
Pada sidang media bersempena lawatan kerja ke negara itu, Dr Mahathir berkata Malaysia telah mendapat persetujuan Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe bagi terbitan bon tersebut, bagaimanapun kini terpulang kepada Kementerian Kewangan untuk meneruskan rundingan berkenaan.
Sebelum ini, Menteri Kewangan Lim Guan Eng telah menerima arahan Perdana Menteri pada Jun lepas untuk mengadakan rundingan dengan pihak berkaitan setelah lawatan beliau ke Jepun pada akhir Mei, di mana Abe telah menawarkan bon Samurai siri kedua.
Menurut kenyataan itu, Mesyuarat Jemaah Menteri turut memutuskan untuk bersetuju secara prinsip dengan butiran lanjut untuk diperincikan oleh Kementerian Kewangan.
"Setelah rundingan Menteri Kewangan dengan pihak kerajaan Jepun, khususnya Japan Bank for International Cooperation (JBIC) yang akan menjaminkan terbitan bon samurai tersebut, pihak JBIC telah bersetuju untuk mengurangkan kadar faedah pinjaman kepada 0.5 peratus dengan tempoh matang 10 tahun.
"Ini berbanding dengan 0.63 peratus oleh JBIC dengan tempoh matang 10 tahun, bagi pinjaman bon Samurai yang pertama sebanyak 200 bilion yen pada Mac tahun ini," menurut kementerian itu.
Bagaimanapun, Kementerian Kewangan berkata Dr Mahathir mengambil kira pandangan pelbagai pihak walaupun kadar bon Samurai siri kedua yang ditawarkan kali ini adalah lebih rendah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bon samurai
#Jepun
#Kementerian Kewangan
#lawatan kerja
#Mahathir Mohamad
#Malaysia
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan