KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan (MOF) yakin Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mampu mencapai sasaran kutipan sebanyak RM1 billion sehingga RM2 billion bagi Program VA yang bermula awal tahun ini hingga 30 Sept, 2022.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata JKDM telah diberi mandat bagi melaksanakan Program VA (Program Pengakuan Sukarela dan Pengampunan Cukai Tidak Langsung) yang juga antara usaha kerajaan dalam melakukan pembaharuan percukaian bagi menggalakkan pembayar cukai tampil secara sukarela dan melaporkan cukai sewajarnya.
"JKDM telah memainkan peranan sebagai salah satu agensi penting yang menggerakkan dasar dan inisiatif kerajaan. Sebagai contoh, jabatan itu telah memberi sumbangan besar dalam merealisasikan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).
"Ini termasuk pemberian peringanan penalti, pengecualian cukai jualan, cukai perkhidmatan, cukai pelancongan dan duti eksport," katanya ketika berucap pada majlis Hari Kastam Sedunia kali ke-40 di Kompleks Kastam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini, hari ini.
Acara tersebut telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Selain itu, Tengku Zafrul turut menyuarakan keyakinannya terhadap keupayaan JKDM untuk meningkatkan lagi kutipan dan duti import lain jika dilihat dari sudut pungutan hasil.
"Saya faham ada cabaran dari segi pemindahan penghantaran atau 'transshipment' yang tidak dikenakan bayaran serta pengecualian duti import susulan perjanjian perdagangan bebas (FTA).
"Namun, saya yakin JKDM mampu mencapai sasaran lebih baik terutama apabila negara terus mencatatkan jumlah perdangangan yang telah melonjak melebihi RM2 trilion bagi tempoh 11 bulan pertama 2021," katanya.
Menurutnya, dari keseluruhan nilai tersebut, sebanyak RM1.1 trilion adalah eksport manakala import berjumlah RM894 bilion dan angka tersebut dijangka meningkat berikutan pemulihan keadaan ekonomi dunia dan negara pada tahun ini.
Tengku Zafrul juga optimis bahawa sasaran lebih tinggi mampu dicapai dengan memanfaatkan penggunaan aset-aset fizikal tambahan JKDM seperti mesin pengimbas lebih moden selain penggunaan bot ronda laju.
Dalam pada itu, beliau berkata MOF dan agensi-agensinya perlu mengutamakan aspek budaya dan pemikiran lebih inovatif bagi melahirkan modal insan yang mampu beroperasi secara strategik dan sistematik.
Transformasi modal insan itu perlu dilaksanakan bersama inisiatif penggunaan teknologi yang diperluaskan dalam memastikan pengawalseliaan yang lebih baik dan menyumbang kepada pencapaian lebih banyak kejayaan oleh agensi-agensi penting kementerian itu seperti JKDM, katanya.
"Di samping itu, jentera pentadbiran JKDM yang digerakkan juga telah berjaya memungut hasil melebihi unjuran bagi tahun 2021. Tidak dinafikan, usaha dan kejayaan ini mencerminkan peranan signifikan jabatan itu selaku agensi pemungut cukai tidak langsung, sekali gus menjadi antara penyumbang hasil terbesar buat negara," katanya yang berharap momentum tersebut dapat terus dipertingkat pada tahun ini.
Selain itu, Tengku Zafrul juga menegaskan bahawa usaha-usaha kerajaan merupakan manifestasi keprihatinan dan usaha murni bagi membantu golongan dan sektor yang terjejas dengan merangka pertumbuhan ekonomi yang berpaksikan rakyat.
"Kerajaan telah melaksanakan sebanyak lapan pakej bantuan dan rangsangan ekonomi berjumlah RM530 bilion serta Belanjawan 2021 bernilai RM322.5 bilion dan Bajet 2022 berjumlah RM332.1 bilion," tambahnya.
Dalam perkembangan lain, beliau turut menzahirkan ucapan tahniah kepada seluruh warga MOF di atas pengiktirafan Adam Smith Awards ASIA 2021 yang menyaksikan kementerian itu dinobatkan sebagai Penyelesaian Pendanaan Terbaik (Best Funding Solution) pada 28 April 2021 selain disenaraikan antara lima kementerian yang paling cemerlang.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 26 2022
![MOF yakin Jabatan Kastam mampu capai sasaran kutipan program VA - Tengku Zafrul MOF yakin Jabatan Kastam mampu capai sasaran kutipan program VA - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/61643195465_Zafrul.jpg)
Tengku Zafrul turut menyuarakan keyakinannya terhadap keupayaan JKDM untuk meningkatkan lagi kutipan dan duti import lain jika dilihat dari sudut pungutan hasil. - Gambar/ Bernama
'UMNO perlu guna media sosial dekati pengundi PRU16'
Itu tegas Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berkata, langkah itu perlu kerana kaedah lama sudah tidak relevan dan gerak kerja jentera UMNO perlu mengikut kesesuaian serta keperluan semasa supaya lebih berkesan.
![Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722053039_tbSitiZaharahSulai.jpg)
Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman
Beberapa pemimpin kerajaan dan parti hari ini merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman.
Bekas Menteri, Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia
Sebagaimana dimaklumkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Ketua UMNO Bahagian Maran Datuk Seri Shahaniza Samsuddin di Facebooknya, bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia pada jam 11.23 malam tadi.
MCPF tidak setuju SUHAKAM bantah hukuman mati penuntut UPNM
Hukuman gantung sampai mati yang dijatuhkan Mahkamah Rayuan terhadap enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) atas kesalahan membunuh Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain adalah setimpal.
Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) berpandangan hukuman yang dikenakan tujuh tahun lalu sebagai tepat, selain tidak bersetuju dengan bantahan yang dibuat oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM).
Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) berpandangan hukuman yang dikenakan tujuh tahun lalu sebagai tepat, selain tidak bersetuju dengan bantahan yang dibuat oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM).
Johor hasrat lancarkan sekolah rintis mulai tahun depan
Kerajaan negeri Johor berhasrat melancarkan sekolah rintis negeri itu bermula tahun depan bagi mencorakkan masa depan pendidikan Bangsa Johor yang lebih maju dan berdaya saing.
AWANI Ringkas: Sekolah rintis tumpu STEM tahun depan di Johor
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Ahmad Zahid ucap takziah atas pemergian Siti Zaharah Sulaiman Ahmad Zahid ucap takziah atas pemergian Siti Zaharah Sulaiman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722052200_tbucapantakziah.jpg)
Ahmad Zahid ucap takziah atas pemergian Siti Zaharah Sulaiman
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merakam ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga bekas Ketua Wanita UMNO Tan Sri Siti Zaharah Sulaiman yang meninggal dunia malam tadi.
![Ketiadaan tiga tonggak utama punca TFC kalah - Steinbruckner Ketiadaan tiga tonggak utama punca TFC kalah - Steinbruckner](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722051144_ArifAiman.jpg)
Ketiadaan tiga tonggak utama punca TFC kalah - Steinbruckner
Steinbruckner berkata ketiadaan Safawi Rasid dan Akhyar Rashid serta Safwan Mazlan merencatkan perancangan skuad penyu.
![Atlet luncur air raikan pembukaan Sukan Olimpik Paris di Tahiti Atlet luncur air raikan pembukaan Sukan Olimpik Paris di Tahiti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722049078_tbParisOlympic.jpg)
Atlet luncur air raikan pembukaan Sukan Olimpik Paris di Tahiti
Turut dipamerkan adalah perayaan tradisional Tahiti Rahiri, mewakili permainan adil dan saling menghormati antara atlet.
![Johor hasrat lancar sekolah rintis mulai tahun depan Johor hasrat lancar sekolah rintis mulai tahun depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722048993_tbOnnHafizGhaziT.jpg)
Johor hasrat lancar sekolah rintis mulai tahun depan
Onn Hafiz berharap hasrat membangunkan sekolah rintis Johor akan membuahkan hasil yang baik demi masa depan negeri itu.
![KKR mohon MOF tambah peruntukan pembangunan produk inovasi KKR mohon MOF tambah peruntukan pembangunan produk inovasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721731141_tbCREaTE.jpg)
KKR mohon MOF tambah peruntukan pembangunan produk inovasi
Ahmad Maslan berkata tambahan peruntukan berkenaan amat diperlukan kerana kos mempatenkan sesuatu produk inovasi memerlukan perbelanjaan tinggi dan tidak termasuk kos penghasilannya.
![Ringgit muncul mata wang berprestasi terbaik di Asia hasil tindakan bersepadu kerajaan Ringgit muncul mata wang berprestasi terbaik di Asia hasil tindakan bersepadu kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81694410621_money.jpg)
Ringgit muncul mata wang berprestasi terbaik di Asia hasil tindakan bersepadu kerajaan
Ringgit muncul sebagai mata wang berprestasi terbaik di rantau Asia berbanding dolar US sejak pelaksanaan tindakan bersepadu oleh kerajaan dan Bank Negara Malaysia (BNM) pada 26 Februari 2024.
![BNM, SC akan tubuh IDRS, tingkat keberkesanan skim penyelesaian pertikaian BNM, SC akan tubuh IDRS, tingkat keberkesanan skim penyelesaian pertikaian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721077402_Perbendaharaan.jpg)
BNM, SC akan tubuh IDRS, tingkat keberkesanan skim penyelesaian pertikaian
MoF menjelaskan IDRS bertujuan meningkatkan tahap keberkesanan skim penyelesaian pertikaian pengguna kewangan dan pelabur secara keseluruhan.
![Seleweng dana RM1.2 bilion: Bekas CEO badan berkanun pula direman Seleweng dana RM1.2 bilion: Bekas CEO badan berkanun pula direman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715851342_TBsprm.jpg)
Seleweng dana RM1.2 bilion: Bekas CEO badan berkanun pula direman
Seorang lagi suspek ditahan menjadikan tiga individu direman bagi membantu siasatan berhubung penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dana peruntukan pinjaman daripada Kementerian Kewangan.
![Harga petrol, diesel kekal bagi tempoh 11 hingga 17 April Harga petrol, diesel kekal bagi tempoh 11 hingga 17 April](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710324462_RON.jpg)
Harga petrol, diesel kekal bagi tempoh 11 hingga 17 April
Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel masing-masing kekal pada RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 11 hingga 17 April ini.
![MOF komited laksana dasar fiskal progresif kurangkan kemiskinan, ketaksamaan MOF komited laksana dasar fiskal progresif kurangkan kemiskinan, ketaksamaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/81635739513_DatukJohanMahmood.jpg)
MOF komited laksana dasar fiskal progresif kurangkan kemiskinan, ketaksamaan
Sumbangan dasar fiskal terhadap inisiatif mengurangkan kemiskinan dan merapatkan jurang pendapatan adalah minimum dari segi KDNK.
![PM akui wujud keresahan kenaikan harga barang, MOF sedia tampung kesan kenaikan PM akui wujud keresahan kenaikan harga barang, MOF sedia tampung kesan kenaikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61679558469_TBSAYUR.jpg)
PM akui wujud keresahan kenaikan harga barang, MOF sedia tampung kesan kenaikan
MOF sedia menampung dan memberi bantuan tambahan bagi mengimbangkan kesan kenaikan harga barangan kepada rakyat.
![Harga petrol, diesel kekal dari 31 Ogos hingga 6 September Harga petrol, diesel kekal dari 31 Ogos hingga 6 September](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41651063172_Minyak.jpg)
Harga petrol, diesel kekal dari 31 Ogos hingga 6 September
RON97 akan kekal pada RM3.37 seliter, RON95 (RM2.05 seliter) dan diesel (RM2.15 seliter)
![Firma AS minat teroka kemasukan operasi perniagaan baharu ke Malaysia Firma AS minat teroka kemasukan operasi perniagaan baharu ke Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61688990960_TBStevenSim.jpg)
Firma AS minat teroka kemasukan operasi perniagaan baharu ke Malaysia
Steven Sim berkata AMCHAM menekankan kepentingan kesinambungan kawal selia untuk membantu memudahkan menjalankan perniagaan.
![Kerajaan laksana semula Program Pengakuan Sukarela mulai 6 Jun - MOF Kerajaan laksana semula Program Pengakuan Sukarela mulai 6 Jun - MOF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/41665562678_Perbendaharaan.jpg)
Kerajaan laksana semula Program Pengakuan Sukarela mulai 6 Jun - MOF
Beri peluang kepada orang ramai secara sukarela bayar cukai yang bertanggungan tanpa penalti atau pada kadar sifar peratus.