awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mogok bukan jalan penyelesaian terbaik terhadap permasalahan - KP Kesihatan

Hafizi Rosli
Hafizi Rosli
29/03/2023
03:40 MYT
Mogok bukan jalan penyelesaian terbaik terhadap permasalahan - KP Kesihatan
Jelas Tan Sri Dr Noor Hisham, sungguhpun penganjuran mogok untuk menyampaikan mesej tertentu kepada pihak berkaitan, namun ia boleh menyebabkan sesuatu perkhidmatan terjejas selama mana ia dianjurkan. - Foto fail/Astro AWANI
PUTRAJAYA: Mogok bukan suatu jalan penyelesaian yang terbaik terhadap apa jua permasalahan yang timbul berkaitan dengan profesion pegawai perubatan atau mana-mana skim profesional yang lain.
Jelas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, permasalahan yang timbul itu perlu ditangani dengan penglibatan bersama serta cara yang lebih berhemah.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan beliau pada Rabu, Noor Hisham memberi respon kepada hebahan mengenai mogok melalui media sosial yang melalui tinjauan di media sosial dikatakan berlangsung pada 3 hingga 5 April.
Bagi Noor Hisham, sungguhpun penganjuran mogok untuk menyampaikan mesej tertentu kepada pihak berkaitan, namun ia boleh menyebabkan sesuatu perkhidmatan terjejas selama mana ia dianjurkan.
Beliau turut meminta pihak yang terlibat untuk mempertimbangan dengan teliti mengenai perkara itu memandangkan perkhidmatan kesihatan merupakan suatu perkhidmatan yang kritikal.
Ini kerana ia melibatkan nyawa manusia dan kesejahteraan rakyat.
Di laman Instagram DoctorsMalaysia, terdapat gesaan supaya doktor kontrak seluruh negara tampil menyertai mogok atau mengambil langkah meletak jawatan beramai-ramai pada 1 April.
Kenyataan Media KPK 29 Mac 2023 Isu Mogok Sektor Kesihatan dan Kepentingan Perkhidmatan Kesihatan https://t.co/YsrPaFGfTz
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) March 29, 2023
Topic Berkaitan
#Dr Noor Hisham Abdullah
#mogok
#petugas kesihatan
#kontrak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan