awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
CPI 2025: Malaysia komited perkukuh usaha capai kedudukan 25 teratas - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mogok Doktor Malaysia kemuka enam tuntutan

Sinar Harian
Sinar Harian
02/04/2023
08:39 MYT
Mogok Doktor Malaysia kemuka enam tuntutan
Antara tuntutan yang akan dibuat adalah menyerapkan semua pegawai perubatan kontrak ke dalam jawatan tetap tanpa sebarang syarat atau temuduga. -Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Susulan daripada mogok yang akan dilancarkan di seluruh negara pada esok, kumpulan doktor kontrak membuat enam tuntutan kepada kerajaan melalui Kementerian Kesihatan.
Mogok Doktor Malaysia menerusi hantaran di Instagram memberitahu, antara tuntutan yang akan dibuat adalah menyerapkan semua pegawai perubatan kontrak ke dalam jawatan tetap tanpa sebarang syarat atau temuduga.
Menurutnya, gaji pokok serta kadar 'on call' pakar dengan pegawai perubatan juga perlu dinaikkan iaitu RM40 dan RM100 untuk satu jam.
"Selain itu, kerajaan juga diminta supaya mengatasi masalah kekurangan pakar, pegawai perubatan dan perubatan siswazah dengan segera serta memohon agar mengurangkan khidmat wajib seorang doktor kepada tiga tahun secara automatik tanpa permohonan.
"Kami juga berharap waktu bekerja dan 'on call' dapat dikurangkan, tidak melebihi enam kali sebulan dan waktu bekerja sekurang-kurangnya 60 jam seminggu," ujarnya pada Jumaat.
Terdapat desas-desus akan berlangsung mogok doktor kontrak pada 3 hingga 5 April ini dan laman Instagram DoctorsMalaysia menggesa doktor kontrak seluruh negara tampil menyertai mogok berkenaan atau meletak jawatan secara beramai-ramai.
Tambah Mogok Doktor Malaysia, pihaknya turut menuntut supaya kerajaan meluluskan penempatan semula ke wilayah asal selepas dua tahun berkhidmat di Sabah, Sarawak dan Labuan tanpa syarat. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Kementerian Kesihatan
#Mogok Doktor Malaysia
#kumpulan doktor kontrak
#enam tuntutan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan