MALAYSIA

Mohamad, Balakrishnan bincang persiapan Sesi Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura Ke-12

Bernama 11/11/2025 | 04:15 MYT
Menteri Luar Singapura Dr. Vivian Balakrishnan akan melakukan lawatan kerja ke Malaysia pada Selasa. - Gambar fail/Wisma Putra
KUALA LUMPUR: Menteri Luar Singapura Dr. Vivian Balakrishnan dijadual mengadakan lawatan kerja ke Malaysia pada Selasa, menurut kenyataan Kementerian Luar Negeri.


Ringkasan AI
  • Menteri Luar Singapura Dr. Vivian Balakrishnan akan melakukan lawatan kerja ke Malaysia pada Selasa untuk pertemuan bersama Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Mohamad Hasan.
  • Pertemuan dua hala bertujuan menilai kemajuan hubungan kedua negara, berbincang isu bersama, dan merangka persiapan Sesi Pemukiman Pemimpin-Pemimpin Malaysia-Singapura Ke-12.
  • Malaysia dan Singapura meraikan ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik mereka tahun ini, sambil mempertahankan kedudukan sebagai rakan dagang kedua terbesar dengan nilai perdagangan mencapai AS$61.40 bilion (RM266.50 bilion) dari Januari hingga Ogos 2025.


Semasa lawatan itu, beliau akan mengadakan pertemuan dua hala bersama Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Kedua-dua menteri akan menilai kemajuan hubungan dua hala, bertukar pandangan mengenai isu berkepentingan bersama serta membincangkan persiapan Sesi Pemukiman Pemimpin-Pemimpin Malaysia-Singapura Ke-12, menurut kementerian.

"Sebagai negara jiran dan satu daripada rakan utama dalam ASEAN, Malaysia dan Singapura terus menjalin hubungan erat dan meluas dalam pelbagai bidang.

"Kedua-dua negara juga meraikan ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik pada tahun ini," menurut kenyataan itu.

Malaysia dan Singapura kekal sebagai rakan dagang kedua terbesar antara satu sama lain, dengan jumlah dagangan dua hala mencecah AS$61.40 bilion (RM266.50 bilion) dari Januari hingga Ogos 2025, 8.5 peratus daripada jumlah keseluruhan perdagangan Malaysia.

-- BERNAMA










#Mohamad Hasan #vivian balakrishnan #Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura #Singapura