Pelantikan Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun sebagai Ketua Polis Negara yang baharu mampu memberi impak besar dalam usaha menangani isu keganasan, militan dan jenayah rentas sempadan, khasnya di Sabah.
Setiausaha Majlis Permuafakatan Suluk Sabah (MPSS), Mohd Zaki Harry Susanto berkata keyakinan beliau itu adalah berasaskan kepada pengalaman luas Mohamad Fuzi dalam kerja-kerja risikan serta operasi selain turut berpengalaman bertugas sebagai Ketua Cawangan Khas IPK Sabah selama beberapa tahun sebelum ini.
Katanya, latar belakang perkhidmatan Mohamad Fuzi yang berpengetahuan luas mengenai Sabah membawa kelebihan kepada Sabah kerana pastinya beliau akan turut memberikan keutamaan kepada Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).
"Kita yakin beliau akan mencari kaedah dan pendekatan yang lebih berkesan selepas disesuaikan dengan segala bentuk maklumat yang diperoleh. Kita juga percaya beliau akan memperkasakan pertukaran maklumat di antara agensi risikan negara kita dengan negara jiran yang sekali gus memberikan manfaat kepada banyak pihak," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 06 2017
Latar belakang perkhidmatan Mohamad Fuzi yang berpengetahuan luas mengenai Sabah membawa kelebihan kepada Sabah. - Gambar fail
PM doakan Faisal Halim segera sembuh
Perdana Menteri titip doa agar Faisal dikurniakan afiyah sesegera mungkin dan kembali meneruskan perjuangannya dalam sukan bola sepak.
Tanam padi guna sistem air bawah tanah akan dilaksana atasi kesan kemarau
Kerajaan akan melaksanakan kaedah tanaman padi menggunakan sistem air bawah tanah sebagai persediaan menghadapi cuaca panas yang dijangka lebih buruk tahun hadapan.
Kempen 'RevUp and Register' perkasa penggunaan domain .my
MYNIC, melancarkan kempen 'RevUp and Register' bagi memperkasa pertumbuhan salah satu aset digital negara iaitu nama domain .MY.
59 projek pacu pembangunan pesisiran pantai Port Dickson - MB
Sebanyak 59 projek dicadang dilaksanakan bagi memacu pembangunan pesisiran pantai Port Dickson sekali gus menjadikan ia sebagai destinasi pelancongan antarabangsa.
Media arus perdana perlu tingkat kualiti, bersaing dengan wartawan segera
Peningkatan kualiti mustahak bagi memastikan media arus perdana terus menjadi sumber rujukan utama rakyat melibatkan pelbagai isu semasa.
DSA : Simulator pesawat TUDM beri peluang pengunjung kendali pesawat pejuang
Simulator penerbangan FITs dibangunkan TUDM, memberi peluang kepada orang ramai merasai pengalaman mengendalikan pesawat pejuang.
Panggung Bangsawan Melaka platform perkasa seni, budaya tempatan - Ab Rauf
Panggung Bangsawan Melaka akan menjadi platform pemerkasaan industri seni dan budaya tempatan warisan kaum berbilang bangsa di negara ini.
Petani Kedah disaran tanam harumanis ekoran permintaan tinggi
Petani di Kedah disaran mengambil peluang mengusahakan tanaman mangga harumanis berikutan permintaan terhadap buah itu yang dinamakan sebagai Harumanis D'Aman sudah mula meraih perhatian.
Usaha gigih RIMAU untuk selamatkan harimau Malaya
Panthera Tigris Malayensis dilaporkan boleh ditemui di hutan Semenanjung Malaysia, terutamanya di Pahang, Perak, Terengganu dan Kelantan.
Polis geledah pejabat pemimpin Parlimen Eropah di Brussels
Pihak berkuasa Jerman melakukan penggeledahan di pejabat seorang ahli Parlimen Eropah di Brussels pada Selasa.
Mohamad Fuzi mampu beri impak besar tangani jenayah rentas sempadan
Pelantikan Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun sebagai Ketua Polis Negara yang baharu mampu memberi impak besar dalam usaha menangani isu keganasan, militan dan jenayah rentas sempadan, khasnya di Sabah.