[TERKINI] Krisis Iran-Israel Meluas | Serangan AS ke Tapak Nuklear Cetus Kebimbangan Global – Ini Apa yang Kita Tahu Setakat Ini
MALAYSIA

Mohamad Hasan bincang konflik terkini bersama Menteri Luar Iran

Bernama 23/06/2025 | 05:20 MYT
Mohamad (dua, kiri) ketika pertemuan dengan Abbas Araghchi (kanan) di luar Mesyuarat Majlis Menteri-menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke-51 di Istanbul, Turki. -Foto Facebook Wisma Putra
KUALA LUMPUR: Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan menggesa agar semua pihak mengawal tindakan masing-masing bagi mengelak peningkatan ketegangan di Asia Barat.

Ringkasan AI
  • Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan menyeru semua pihak agar mengawal tindakan masing-masing bagi mengelakkan ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat.
  • Beliau menyampaikan gesaan itu semasa bertemu Menteri Luar Iran Abbas Araghchi di luar Mesyuarat Menteri-Menteri Luar OIC ke-51 di Istanbul, Turki, susulan serangan udara Israel ke atas Iran.
  • Ketegangan meningkat selepas Israel dan Amerika Syarikat melancarkan serangan ke atas kemudahan nuklear Iran, mencetuskan kebimbangan dan kecaman global.

Podcast ini dijana oleh AI menggunakan data yang sahih dan telah disemak mengikut piawaian kewartawanan AWANI.
Kementerian Luar Negeri yang turut dikenali sebagai Wisma Putra dalam catatan di Facebook pada Isnin memaklumkan Mohamad membuat kenyataan itu semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Iran Abbas Araghchi di luar Mesyuarat Majlis Menteri-menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke-51 di Istanbul, Turki.
"Kedua-dua Menteri membincangkan perkembangan semasa berikutan serangan terbaharu ke atas Iran," menurut kementerian itu.
Ketegangan tercetus pada 13 Jun apabila Israel melancarkan serangan udara di beberapa lokasi di seluruh Iran, termasuk kemudahan ketenteraan dan nuklear, menyebabkan Tehran bertindak balas.
Pada Ahad, Amerika Syarikat melakukan serangan udara ke atas tiga tapak nuklear Iran yang mencetuskan ketakutan dan kecaman di seluruh dunia.
-- BERNAMA
#Mohamad Hasan #Kementerian Luar #abbas araghchi