awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mohamad Hasan nafi suaranya dalam rakaman audio kritik Najib

Bernama
Bernama
30/07/2015
08:56 MYT
Mohamad Hasan nafi suaranya dalam rakaman audio kritik Najib
Mohamad berkata beliau tidak ada kena mengena dengan rakaman audio itu dan pengakuan yang dibuat oleh individu dalam rakaman itu. - Gambar Fail
Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini menafikan suaranya terkandung dalam rakaman audio yang mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Mohamad berkata beliau tidak ada kena mengena dengan rakaman audio itu dan pengakuan yang dibuat oleh individu dalam rakaman itu.
"Buktinya ada penipuan fakta dimuatkan dalam rakaman berkenaan terutamanya latar belakang bapa individu itu adalah guru sedangkan Allahyarham ayahanda saya bukan guru," katanya dalam kenyataan ringkas di sini, hari ini.
Mohamad berkata pihak yang membuat dakwaan itu sememangnya berniat jahat terhadap beliau selain cuba mengelirukan rakyat serta mahu melaga-lagakannya dengan pemimpin-pemimpin lain dalam UMNO dan kerajaan.
"Saya menggesa semua pihak supaya tidak mudah percaya dengan pembohongan dan fitnah yang dilemparkan pihak tidak bertanggungjawab terhadap saya," katanya.
Topic Berkaitan
#kritik najib
#Mohamad Hasan
#rakaman audio
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan