NATIONAL

Mohamad Sabu buka akaun Facebook rasmi sebagai Menteri Pertahanan

Kohilah Sekaran 21/05/2018 | 13:30 MYT
Mohamad Sabu yang baru sahaja mengangkat sumpah membuka akaun rasmi Facebook sebagai Menteri Pertahanan Malaysia.
Mohamad Sabu yang baru sahaja mengangkat sumpah sebagai Menteri Pertahanan membuka akaun rasmi Facebook.

Menerusi satu kenyataan di laman sosial Twitter, Mohamad meminta orang ramai untuk mengikuti perkembangan beliau sebagai Menteri Pertahanan di akaun Facebook tersebut.

“Alhamdulillah.. tercipta sudah akaun rasmi Facebook saya 'Mohamad Sabu-Menteri Pertahanan Malaysia'.

"Mari ikuti perkembangan saya sebagai Menteri Pertahanan yang baharu,” tweet Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Menggunakan nama Mohamad Sabu-Menteri Pertahanan Malaysia, akaun itu setakat jam ini (9 malam) mencatat 744 pengikut.

Sementara itu, netizen mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan tahniah kepada beliau.

"Tahniah Tuan, selamat menjalankan tugas sebagai Menteri Pertahanan," kata Fadzli Bakri

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.


Aleff Ghani pula berharap Mohamad Sabu akan memastikan negara aman dan gagah lagi perkasa.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

"Semoga Tuan Haji diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki dari Allah SWT. Selamat menjalankan tugas Tuan Haji," ucap seorang lagi netizen, Muhammad Huzaimi.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.


#Facebook #Malaysia #Menteri Pertahanan Malaysia #Mohamad Sabu #netizen #Tweet