[TERKINI] DUN Sabah Dibubar — PRN Ke-17 Bermula! Ikuti Perkembangan di Sini
MALAYSIA

Mohamad Sabu jalani rawatan rutin di IJN, keadaan stabil

Bernama 06/10/2025 | 10:04 MYT
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu kini menerima rawatan rutin di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur dengan keadaan beliau adalah stabil. - Gambar fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu kini menerima rawatan rutin di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur dengan keadaan beliau adalah stabil.

Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menerusi kenyataan hari ini, memaklumkan pasukan perubatan menasihatkan Mohamad untuk berehat disebabkan terdapat simptom keletihan.

"Buat masa ini, menteri tidak dapat menerima tetamu bagi membolehkan beliau mendapat rehat secukupnya," menurut kenyataan itu.

Pejabat menteri merakamkan penghargaan atas doa dan keprihatinan semua pihak terhadap kesihatan Mohamad.

-- BERNAMA


#Mohamad Sabu #rawatan rutin #Institut Jantung Negara IJN #stabil