Mohamad Sabu selamat jalani pembedahan

Astro Awani
Jun 17, 2023 03:44 MYT
Mohamad kini berada dalam keadaan stabil dan sedang dipantau rapi pakar perubatan di Hospital Putrajaya. -Twitter
KUALA LUMPUR: Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu selamat menjalani pembedahan jam 4 pagi, pada Sabtu.
Pengendali akaun Twitter milik Mohamad berkata, Presiden Amanah itu kini berada dalam keadaan stabil dan sedang dipantau pakar perubatan.

[ADMIN] Alhamdulillah YB Datuk Seri Mohamad Sabu telah selamat dibedah lebih kurang jam 4 pagi tadi. Beliau kini dalam keadaan stabil dan sedang dipantau rapi oleh pakar perubatan Hospital Putrajaya. pic.twitter.com/ZHocG64ZTG

— Mohamad Sabu (@MSabuOfficial) June 17, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Alhamdulillah YB Datuk Seri Mohamad Sabu telah selamat dibedah lebih kurang jam 4 pagi tadi.
"Beliau kini dalam keadaan stabil dan sedang dipantau rapi oleh pakar perubatan Hospital Putrajaya."
Pada Jumaat, Mohamad dimasukkan ke hospital berkenaan kerana masalah appendicitis.
Pejabat menteri berkenaan menyebut beliau dijadualkan menjalani pembedahan appendicitis pada malam Sabtu atas nasihat pakar perubatan.
[TERKINI] Mohamad Sabu jalani pembedahan appendicitis
#Mohamad Sabu #appendicitis #hospital putrajaya #selamat menjalani pembedahan