awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mohamad Sabu terima anugerah "Medal of Spiritual Unity" di Rusia

Bernama
Bernama
17/05/2023
08:25 MYT
Mohamad Sabu terima anugerah "Medal of Spiritual Unity" di Rusia
Anugerah itu disampaikan Mufti Besar Persekutuan Rusia kepada Mohamad pada Selasa (16 Mei). - Gambar/ FB Mohamad Sabu
KUALA LUMPUR: Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu dianugerahkan "Medal of Spiritual Unity" dalam lawatan kerjanya ke Rusia.
Menerusi hantaran dalam akaun Facebook Mohamad hari ini, anugerah itu disampaikan Mufti Besar Persekutuan Rusia yang juga Pengerusi Muslim Spiritual Board Ravil Gaynutdin di Grand Cathedral Mosque, Moscow, pada Selasa (16 Mei).
Menurut hantaran itu, siri lawatan rasmi Mohamad ke negara itu merupakan usaha meningkatkan perpaduan ummah sekali gus memperkukuh kerjasama antara Malaysia dengan Rusia dalam pelbagai bidang terutamanya bidang pertanian, keterjaminan makanan dan potensi kerjasama industri halal.
Terdahulu, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dalam kenyataan memaklumkan Mohamad akan berkongsi mengenai wawasan sektor pertanian dan keterjaminan makanan Malaysia ketika mengambil bahagian pada Forum Ekonomi Antarabangsa ke-14 "Rusia-Dunia Islam: Forum Kazan 2023" sempena lawatan kerjanya ke Rusia bermula 15 hingga 23 Mei.
Forum itu merupakan acara antarabangsa yang dianjurkan kerajaan Rusia melalui kerajaan Republik Tatarstan sejak 2009 sebagai platform memperkukuh kerjasama antara Rusia dengan negara-negara Islam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mohamad Sabu
#anugerah
#Rusia
#Medal of Spiritual Unity
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan