Mohamad Sabu ucap takziah, jangan buat spekulasi tragedi Mejar Mohd Zahir

Fareez Azman
September 4, 2019 05:10 MYT
Mohamad Sabu merakamkan ucapan takziah dan simpati atas kejadian berlaku terhadap Mejar Mohd Zahir Armaya. - Gambar fail
Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu merakamkan ucapan simpati berhubung pemergian anggota komando 11 Rejimen Gerak Khas, Mejar Mohd Zahir Armaya semasa demonstrasi di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah dalam kejadian pagi Rabu.
Menurut Mohamad, beliau berharap keluarga Allahyarham akan tabah menghadapi dugaan ini.
"Saya merakamkan simpati yang mendalam dan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.
"Saya berharap keluarga kepada Allahyarham tabah menghadapi suasana pilu ini dan kami di Kementerian Pertahanan amat bersimpati atas kesedihan ini." jelas beliau dalam kenyataan media.
Dalam masa sama, Mohamad mengharapkan kerjasama masyarakat agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung insiden terbabit.
Allahyarham Mejar Mohd Zahir yang juga anak kepada seniman veteran tanah air AR Badul, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu pada pukul 9.20 pagi Rabu.
BACA: Anak pelakon AR Badul maut terkena tembakan
#5 Div #anak AR Badul #AR Badul #ATM #demonstrasi #Hospital #insiden #Kem Lok Kawi #Kota Kinabalu #maut #Mejar Mohd Zahir Armaya #Mohamad Sabu #Mohd Zahir Armaya #Queen Elizabeth #Sabah #tembakan