MALAYSIA
Mohamad Zainal Pesuruhjaya Polis Sarawak baharu
Datuk Ibrahim Darus (tengah) menyaksikan penyerahan nota serahan tugas daripada Datuk Mancha Ata (kiri) kepada Datuk Mohamad Zainal Abdullah (kanan). -Foto Bernama
KUCHING: Timbalan Pengarah Siasatan/ Perundangan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Mohamad Zainal Abdullah dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis Sarawak yang baharu berkuat kuasa hari ini.
Ringkasan AI
Mohamad Zainal mengambil alih tugas Datuk Mancha Ata yang akan bersara wajib pada 29 Sept ini.
Majlis serah terima tugas antara mereka berlangsung di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak hari ini dengan disaksikan oleh Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Ibrahim Darus.
Bercakap kepada pemberita selepas majlis itu, Mohamad Zainal berkata pelantikan itu adalah satu mandat dan penghormatan terbesar buat dirinya terutama sebagai anak jati Sarawak.
Beliau berkata antara keutamaannya dalam menggalas jawatan itu ialah menangani jenayah komersial dan narkotik yang semakin meningkat di Bumi Kenyalang.
"Sebelum ini, saya bertugas di Bukit Aman... jadi, semestinya saya tahu trend jenayah yang berlaku di Sarawak... kita boleh lihat ada peningkatan terutamanya jenayah siber dan narkotik.
"Saya akan berbincang dan merangka strategi bersama pasukan saya untuk kita mendepani serta menyelesaikan masalah jenayah tersebut," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Datuk Mohamad Zainal Abdullah dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis Sarawak menggantikan Datuk Mancha Ata yang bersara pada 29 September
- Fokus utama beliau ialah menangani jenayah komersial dan narkotik yang semakin meningkat di Sarawak, termasuk jenayah siber
- Pelantikan ini dianggap sebagai penghormatan besar buat beliau sebagai anak jati Sarawak, dan strategi akan dirangka bersama pasukan untuk tangani isu jenayah tempatan