KUALA LUMPUR:Bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali membuat laporan polis terhadap Tan Sri Tommy Thomas berhubung dakwaan memfitnah menerusi buku berjudul 'My Story: Justice in the Wilderness'.
Mohamed Apandi bersama peguamnya Datuk Baljit Singh tampil membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul pada jam 2.15 petang pada Khamis.
Mohamed Apandi berkata, tujuannya membuat laporan polis adalah untuk memastikan semua pihak yang telah dianiaya, difitnah dan dihina dalam buku itu mendapat keadilan.
"Apa yang terkandung dalam buku Tommy menunjukkan sifat beliau yang memandang rendah dan tidak menghargai individu yang merupakan tulang belakang perundangan negara," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Mohamed Apandi turut menyatakan kerajinan pegawai-pegawai Jabatan Peguam Negara semasa beliau menjadi Peguam Negara.
"Mereka tidak kenal penat dan sanggup kerja tanpa mengira masa," katanya.
Menurutnya, walaupun dilemparkan dengan pelbagai tuduhan dan fitnah semasa menjadi Peguam Negara, namun beliau tidak sesekali melepaskan maklumat.
"Saya tidak sesekali melepaskan cerita atau maklumat, walaupun dalam buku memoir saya kerana semua yang saya tahu adalah rahsia negara.
"Ada kata-kata hikmah yang saya pegang iaitu pegetahuan adalah mengetahui apa yang perlu diperkatakan, kebijaksaan adalah mengetahui bila ianya perlu diperkatakan," katanya.
Polis Selangor pada Rabu membuka kertas siasatan terhadap Tommy yang juga bekas Peguam Negara berhubung dakwaan memfitnah.
Kertas siasatan kes berkenaan dibuka selepas polis menerima laporan daripada bekas pegawai kanan Jabatan Peguam Negara, Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria pada Selasa.
Mohamad Hanafiah dalam laporan polisnya mendakwa dalam buku itu, Tommy memfitnah dan memburukkan imejnya ketika beliau masih bertugas sebagai seorang pegawai kanan kerajaan.
Sinar Harian
Thu Feb 04 2021

Mohamed Apandi (tengah) bersama peguamnya Baljit Singh membuat laporan polis terhadap Tommy Thomas di IPD Sentul pada Khamis. - Foto Sinar Harian

Serangan | Marahkan polis, bomba jadi mangsa
Di saat sedang payah memadam kebakaran di sebuah sekolah di bandar Lille di Perancis, dilempar pula dengan objek berupa peluru dari bangunan berdekatan. Itu yang dilalui anggota bomba yang terlibat dalam operasi pemadaman di bandar tersebut.

Serangan | Pegawai polis maut ditikam
Seorang pegawai polis wanita maut ditikam di sebuah balai polis di Rambouillet Perancis pada Jumaat. Menurut pihak berkuasa, penyerangnya bagaimanpun ditembak mati oleh pegawai yang berada berhampiran lokasi kejadian.

KRI Nanggala 402 | Operasi mencari dan menyelamat diteruskan
Usaha mencari dan menyelamat kapal selam KRI Nanggala 402 bersama 53 anak kapal di perairan Bali diteruskan pada Jumaat. Ketua Tentera Laut Indonesia memaklumkan, oksigen di dalam kapal selam itu dijangka habis pada jam 3 pagi Sabtu.

Kes hina Permaisuri Agong: Fahmi Reza ditahan polis
Sumber dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman mengesahkan penahanan tersebut.

VFive Group lancar yayasan pertingkat CSR syarikat
Ia merupakan inisiatif memantapkan CSR dan berkongsi rezeki kepada golongan yang kurang bernasib baik.

Bonus Raya | Guna bonus Raya untuk PdPR anak
Jika sebelum ini Bantuan Khas Hari Raya Aidilfitri penjawat awam digunakan untuk persediaan menyambut Syawal namun mungkin berbeza bagi sebahagian penerima untuk tahun ini. Ramai kalangan mereka berkemungkinan memannfaatkanya untuk penambaikan pendidikan anak-anak bagi menjalani sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Ini kerana PdPR kini menjadi sebahagian daripada norma baharu yang perlu diamalkan bagi mengekang penularan COVID-19.

10 Berita Pilihan - (23 April 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Siasatan Polis | Fahmi Reza ditahan hina Permaisuri Agong
Aktivis dan pereka grafik Fahmi Reza ditahan Polis Diraja Malaysia pada Jumaat. Difahamkan, Fahmi ditahan atas dakwaan menghina Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Sukuk Malaysia | Masyarakat antarabangsa semakin yakin - PM
Terbitan Sukuk Kelestarian Malaysia yang mencatatkan langganan 6.4 kali mencerminkan keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap kebolehan ekonomi negara untuk kembali kukuh, meskipun berdepan dengan pandemik COVID-19. Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sebelum ini juga bank dunia membuat unjuran yang ekonomi Malaysia berkembang sebanyak enam peratus tahun ini manakala kerajaan menetapkan unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) antara enam hingga 7.5 peratus.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 23 April 2021.

Kenyataan akhbar Mohamed Apandi pada 2016 timbulkan keraguan ke atas integritinya
Carta aliran yang dipegang Mohamed Apandi jelas menunjukkan dana daripada SRC International memasuki akaun Najib bukan sumbangan derma Arab.

Saya tidak pernah buat laporan polis terhadap Apandi Ali mengenai 1MDB - Kit Siang
Ketika dicadangkan Lim tidak membuat laporan polis kerana beliau tahu Mohamed Apandi tidak membantu dan bersubahat dalam skandal 1MDB, Lim berkata beliau tidak bersetuju.

Apandi Ali gagal kawal perasaan, menangis ketika beri keterangan di mahkamah
Babak penuh emosi itu berlaku ketika Mohamed Apandi menjawab soalan peguamnya, M Visvanathan pada hari ketiga perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azimah Omar.

Siasatan 1MDB, SRC diklasikasi sebagai NFA, bukan ditutup - Mohamed Apandi
Mohamed Apandi berkata semasa beliau melepaskan jawatan AG pada 2018, siasatan berhubung kes itu masih berjalan dan belum selesai.

Mohamed Apandi mohon dapatkan dokumen antara Dr Mahathir dan kerajaan
Tan Sri Mohamed Apandi Ali memohon mendapatkan dokumen atau surat antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan kerajaan Malaysia berhubung penamatan perkhidmatannya sebagai Peguam Negara.

Permohonan Muhammad Shafee gugurkan Gopal Sri Ram ditolak
Panel tiga hakim yang dipengerusikan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, sebulat suara menolak permohonan di bawah Seksyen 61 Akta Mahkamah Kehakiman berkaitan keterangan tambahan semasa rayuan itu.

Laporan audit 1MDB: Najib gagal gugurkan Sri Ram daripada pasukan pendakwaan
Ini merupakan cubaan kali ketiga Najib untuk menggugurkan Sri Ram sebagai pendakwa dalam kes jenayah berkaitan 1MDB itu.

Dua kertas siasatan dibuka terhadap Tommy Thomas - Timbalan Ketua Polis Negara
Polis Diraja Malaysia mengesahkan telah membuka dua kertas siasatan terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas berkaitan penulisan buku berjudul "My Story: Justice in the Wilderness".

Mohamed Apandi buat laporan polis terhadap Tommy Thomas
Bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali membuat laporan polis terhadap Tan Sri Tommy Thomas berhubung dakwaan memfitnah menerusi buku berjudul 'My Story: Justice in the Wilderness'.

Hadid lantik Tan Sri Apandi Ali sebagai pengerusi baharu
Hadid yakin kehadiran Tan Sri Apandi akan meningkatkan prestasi perniagaan, dalam dan luar negara.