KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menghadiri Sesi Permukiman Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN di Luang Prabang, Laos, pada Selasa.
Kementerian Pertahanan dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan, sesi itu disertai 10 negara ASEAN dan dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Jeneral Chansamone Chanyalath, yang juga Menteri Pertahanan Laos.
"Pelbagai perkara telah dibincangkan semasa sesi permukiman berkenaan termasuk soal keamanan, keselamatan dan kestabilan serantau dengan menjadikan prinsip dan nilai asas ASEAN iaitu pemusatan dan perpaduan sebagai keutamaan," menurut kenyataan itu.
Pada sesi permukiman itu, Mohamed Khaled turut membincangkan kemajuan Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) dan strategi ADMM pasca 2025 dengan mengambil kira pencapaian pelaksanaanPelan Tindakan Komuniti Politik-Keselamatan ASEAN 2025.
Kenyataan itu memaklumkan, Mohamed Khaled turut menekankan kepentingan ADMM dan ADMM-Plus sebagai platform utama dalam mempromosi dialog pertahanan serta keselamatan selain kerjasama praktikal untuk meningkatkan keamanan, keselamatan dan kestabilan serantau.
"Menteri Pertahanan Malaysia turut berkongsi pandangan mengenai cabaran keselamatan serantau yang dinamik dan menekankan kepentingan bagi negara anggota ASEAN untuk terus bersiap sedia dan sentiasa responsif terhadap cabaran keselamatan yang semakin berubah," katanya.
Mohamed Khaled turut mengadakan pertemuan dua hala bersama Chansamone dan Menteri Pertahanan Thailand, Sutin Klungsang bagi meningkatkan lagi kerjasama pertahanan khususnya dalam memperkukuh keselamatan di kawasan sempadan.
Selain itu, beliau mencadangkan agar satu Memorandum Persefahaman (MoU) antara Malaysia dan Thailand dimeterai bagi memperkukuh hubungan serta kerjasama khususnya dalam bidang pertahanan dan ketenteraan.
"Melalui MoU tersebut, pelbagai usaha diterokai secara bersama termasuklah dalam bidang sains dan teknologi, perkongsian latihan dan kepakaran serta pembangunan industri pertahanan tempatan," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu memaklumkan, semua Menteri Pertahanan ASEAN mengesahkan komitmen untuk merealisasi Wawasan Komuniti ASEAN 2045 termasuk memastikan sumbangan sektor pertahanan dipertingkat demi keamanan, kestabilan dan keselamatan serantau. - BERNAMA
Bernama
Wed Mar 06 2024
Mohamed Khaled (enam dari kanan) menghadiri Sesi Permukiman Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN di Luang Prabang, Laos, pada Selasa. - Gambar Facebook Kementerian Pertahanan
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
Siasatan RCI berkaitan Batu Puteh bagi fahami fakta di sebalik keputusan tidak teruskan semakan
Mohamed Khaled berkata siasatan itu penting kerana ia melibatkan kedaulatan negara sehingga menyebabkan negara kehilangan hak terhadap kawasan berkenaan.
Isu buli: 'Roll call' lebih kerap, tambah CCTV di ALK UPNM - Khaled Nordin
Langkah keselamatan bagi kadet di Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) akan ditingkatkan.
PLKN 3.0 dilaksana berdasarkan kajian terperinci, mendalam - Mohamed Khaled
Kerajaan dan Kementerian Pertahanan telah menjalankan kajian terperinci secara kuantitatif dan kualitatif pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0.
[KOLUMNIS] Kerjasama pertahanan Malaysia-Kuwait perkukuh hubungan strategik
Lawatan Menteri Pertahanan ke Kuwait Oktober lalu tawar Malaysia peluang belajar pengalaman dan strategi pertahanan negara itu.
[KOLUMNIS] Kelebihan diplomasi sebagai doktrin asas pertahanan negara
Pendekatan ini penting kerana isu geopolitik tidak boleh diuruskan secara terburu-buru atau emosional.
[KOLUMNIS] Belanjawan 2025 merealisasi agenda ‘Reformasi’ kebajikan veteran tentera
Ini adalah kali pertama tuntutan para veteran ini diselesaikan kerajaan selepas berjuang menuntut pelarasan ini sejak sekian lama.
[KOLUMNIS] Perolehan aset terpakai: Pilihan praktikal pertahanan
Pembelian aset terpakai ini terbukti mampu menawarkan jalan tengah yang pantas dan efektif.
[KOLUMNIS] Industri pertahanan tempatan perlu lonjakan strategik
Pembentangan Belanjawan 2025 oleh Perdana Menteri di Dewan Rakyat yang menyaksikan peruntukan terbesar dalam sejarah menarik perhatian banyak pihak.
Isu buli UPNM: Pegawai kadet jalani pemeriksaan fizikal berkala kesan penderaan
Pemeriksaan fizikal berkala akan dijalankan terhadap pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan UPNM bagi mengesan sebarang aktiviti penderaan.
Tiada keperluan rombak pentadbiran ALK susulan kes buli di UPNM
Mohamed Khaled berkata pihaknya akan menyiasat apa yang berlaku di ALK sebelum ke fasa tindakan seterusnya.