MALAYSIA
Mohamed Usuf pangku jawatan Ketua Polis Kuala Lumpur
Mohamed Usuf (kanan) kini memangku tugas Ketua Polis Kuala Lumpur menggantikan Rusdi (kiri) yang dilantik sebagai Pengarah JSJK Bukit Aman. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad kini memangku jawatan Ketua Polis Kuala Lumpur berkuat kuasa hari ini.
Beliau mengambil alih tugas Datuk Rusdi Mohd Isa yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman sejak 25 Jun lepas.
Majlis serah terima tugas diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dengan disaksikan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman Datuk Hamzah Ahmad.
Hamzah dalam ucapannya berkata majlis penyerahan berkenaan bukan sekadar simbolik atau urusan pentadbiran semata-mata, tetapi mencerminkan kepercayaan, tanggungjawab dan tekad untuk terus menjunjung amanah demi kepentingan rakyat dan negara.
Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada Mohamed Usuf yang memangku jawatan itu sehingga pelantikan Ketua Polis Kuala Lumpur baharu kelak.
"Saya yakin bahawa dengan pengalaman luas, kredibiliti dan kepimpinan beliau (Mohamed Usuf), kontinjen ini akan terus mencipta kejayaan, mengekalkan kestabilan serta kekal disegani masyarakat," katanya.
Sementara itu, Rusdi dalam ucapannya merakamkan penghargaan kepada warga IPK Kuala Lumpur yang komited menjayakan semua inisiatif yang dirancang sepanjang lebih setahun tempoh perkhidmatannya.
"Saya menyeru seluruh warga IPK Kuala Lumpur agar terus menggalas amanah ini dengan semangat juang yang tidak pernah luntur. Kita bukan hanya menjaga keselamatan malah menjaga kepercayaan masyarakat dan masa depan negara," katanya.
Terdahulu, dalam ucapannya semasa Perhimpunan Bulanan Khas Ketua Polis Kuala Lumpur, Rusdi berkata statistik jenayah indeks di ibu negara bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini menunjukkan penurunan 28 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.
"Jenayah kekerasan menunjukkan penurunan sebanyak 29 peratus dengan perbandingan 790 kes pada 2024 dan 563 kes pada 2025 bagi tempoh kajian sama.
"Jenayah harta benda turut menurun 27 peratus dengan 3,377 kes dicatatkan pada 2024 berbanding 2,453 kes tahun ini," katanya.
-- BERNAMA