awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mohd Ekhwan dilantik Naib Canselor UKM baharu

Bernama
Bernama
30/12/2020
03:20 MYT
Mohd Ekhwan dilantik Naib Canselor UKM baharu
Mohd Ekhwan merupakan graduan UKM pada 1992 (Ijazah Am) dan 1993 (Ijazah Kepujian) dalam bidang Geografi (fizikal), Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan. - Foto ihsan KPT
PUTRAJAYA:Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) hari ini mengumumkan pelantikan Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman sebagai Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang baharu.
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata pelantikan tersebut berkuat kuasa 1 Jan 2021 hingga 31 Dis 2023.
"Saya percaya dengan pengalaman luas dalam bidang pentadbiran, beliau dapat meneruskan kegemilangan UKM sebagai satu daripada universiti terulung di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Mohd Ekhwan, 51, merupakan graduan UKM pada 1992 (Ijazah Am) dan 1993 (Ijazah Kepujian) dalam bidang Geografi (fizikal), Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan.
Beliau seterusnya memperoleh Sarjana (MSc) dari University of Manchester serta Doktor Falsafah (PhD) dari University of Newcastle Upon Tyne UK dalam bidang Pemodelan Hidrologi Sekitaran, Sistem Maklumat Geografi (GIS) dan Pengurusan Sumber Air.
Beliau telah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Akademik dan Pembangunan), Jabatan Pendidikan Tinggi, KPT serta jawatan pentadbiran dan akademik yang lain seperti Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UKM dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Pembangunan), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#UKM
#Kementerian Pengajian Tinggi
#noraini ahmad
#pelantikan
#Mohd Ekhwan Toriman
#Naib Canselor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan