MALAYSIA
Mohd Na'im kecam tindakan Israel pintas kapal misi kemanusiaan ke Gaza
Pencerobohan tentera Israel ke atas kapal kemanusiaan yang berlaku sekitar 10.50 pagi waktu Malaysia itu, disifatkan sebagai satu tindakan provokatif serta melanggar undang-undang antarabangsa.
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar mengecam tindakan tentera Israel memintas kapal misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens To Gaza (TMTG) yang turut membawa rakyat Malaysia di perairan antarabangsa, pagi tadi.
Ringkasan AI
Menerusi hantaran di media sosial, beliau menyifatkan insiden yang berlaku sekitar 10.50 pagi waktu Malaysia itu sebagai satu tindakan provokatif serta melanggar undang-undang antarabangsa.
"Saya mengecam sekeras-kerasnya tindakan provokatif dan melanggar undang-undang antarabangsa ini. Tindakan menahan kapal misi kemanusiaan yang membawa bantuan kepada rakyat Gaza adalah satu perbuatan yang tidak berperikemanusiaan dan mencabuli prinsip asas hak asasi manusia serta maruah kemanusiaan sejagat," katanya.
Mohd Na'im turut menyatakan sokongan penuh terhadap kenyataan dan tuntutan tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim agar semua aktivis dan sukarelawan Malaysia dibebaskan segera serta diberi perlindungan sewajarnya.
Beliau berkata Kerajaan MADANI akan sedaya upaya melindungi setiap nyawa rakyat Malaysia yang terlibat dalam misi kemanusiaan berkenaan dan berhubung dengan negara-negara rakan serta pertubuhan antarabangsa bagi memudah cara pembebasan mereka.
"Saya juga menyeru agar seluruh umat Islam dan rakyat Malaysia terus mendoakan keselamatan dan pembebasan segera kesemua aktivis dan sukarelawan yang kini ditahan.
"Marilah kita panjatkan doa agar urusan kerajaan dalam melindungi anak-anak Malaysia dipermudahkan dan segala bentuk kezaliman di Gaza, segera dihentikan," katanya.
Terdahulu, Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) memaklumkan sembilan kapal misi kemanusiaan FFC dan TMTG termasuk Conscience dan Umm Saad yang membawa sembilan aktivis negara telah dipintas tentera Israel pada 10.50 pagi waktu Malaysia.
Misi FFC dan TMTG kali ini menyaksikan lapan wakil Malaysia menaiki kapal Conscience yang berlepas dari Porto Otranto, Itali pada 30 Sept diketuai Prof Emeritus Dr Mohd Alauddin Mohd Ali bersama tiga lagi iaitu Dr Fauziah Mohd Hassan, Dr Hafiz Sulaiman dan Dr Ili Syakira Mohd Suhaimi.
Turut berada di atas kapal berkenaan ialah dua pensyarah iaitu Prof Dr Mohd Afandi Salleh dan Dr Noorhasyimah Ismail, Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE Norsham Abu Bakar serta wartawan Astro Awani Syafik Shukri Abdul Jalil manakala Dr Maziah Muhammad pula berada di atas kapal Umm Saad yang berlepas dari Catania, Sicily pada 27 Sept bersama tujuh kapal layar lain menuju Gaza.
Misi kemanusiaan itu bertujuan membawa bantuan kemanusiaan dan liputan langsung mengenai keadaan di Gaza yang kini sedang dikepung serta dikenakan sekatan oleh Israel.
Secara keseluruhan, misi kali ini disertai kira-kira 150 peserta dari 25 negara dengan MyCARE mengetuai delegasi Malaysia.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Menteri Hal Ehwal Agama Datuk Mohd Na'im Mokhtar mengecam tindakan tentera Israel memintas kapal misi kemanusiaan FFC dan TMTG yang membawa rakyat Malaysia di perairan antarabangsa, disifatkan sebagai provokatif dan melanggar undang-undang antarabangsa.
- Beliau menyatakan sokongan penuh terhadap tuntutan Perdana Menteri agar aktivis Malaysia dibebaskan segera, dan menegaskan komitmen Kerajaan MADANI untuk melindungi nyawa rakyat serta berhubung dengan negara rakan dan pertubuhan antarabangsa.
- Misi kemanusiaan yang disertai kira-kira 150 peserta dari 25 negara bertujuan membawa bantuan dan liputan langsung ke Gaza, dengan delegasi Malaysia diketuai MyCARE dan melibatkan lapan aktivis di kapal Conscience serta seorang di kapal Umm Saad.