NATIONAL
Mohd Redzuan negatif ujian saringan kedua COVID-19
Pihak KKM memotong gelang kuarantin merah jambu dipakai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md. Yusof selepas disahkan negatif COVID-19 melalui ujian saringan kedua.
KUALA LUMPUR:Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md. Yusof, disahkan negatif COVID-19 setelah mendapat keputusan ujian saringan kedua pagi ini.
Dalam satu kenyataan, Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas berkata, beliau telah melakukan dua kali saringan dan menjalani Pelaksanaan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO).
"Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menjalankan ujian saringan pengesanan COVID-19 bagi sampel kedua ke atas beliau pada 14 Januari lalu dan telah disahkan hari ini," kata kenyataan itu.
Sehubungan itu, Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas berkata, kedua-dua ujian pengesanan COVID-19 bagi Mohd Redzuan sepanjang tempoh kuarantin kendiri telah disahkan negatif dan tempoh HSO tamat.