awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perkhidmatan awam laksana urusan tanpa kertas bermula Isnin ini - KSN
Musim peperiksaan bukan masa sesuai untuk perhimpunan - MPP UMT
FRIM anjur sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia, tekankan pemuliharaan dan kelestarian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mohd Rosli dilantik KP Maritim Malaysia baharu

Sinar Harian
Sinar Harian
18/09/2024
08:16 MYT
Mohd Rosli dilantik KP Maritim Malaysia baharu
Mohd Rosli sebelum ini merupakan Pemangku Timbalan Ketua Pengarah Operasi Maritim Malaysia. - Foto Maritim Malaysia
PUTRAJAYA: Laksamana Muda Maritim, Datuk Mohd Rosli Abdullah dilantik sebagai Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) baharu berkuat kuasa Selasa.
Ibu Pejabat Maritim Malaysia dalam kenyataan berkata, Mohd Rosli merupakan Ketua Pengarah Maritim Malaysia ketujuh.
Menurut kenyataan itu, Mohd Rosli sebelum ini merupakan Pemangku Timbalan Ketua Pengarah Operasi Maritim Malaysia.
"Berpengalaman hampir tiga dekad dalam bidang keselamatan maritim, beliau (Mohd Rosli) memiliki kepakaran dalam merancang pelaksanaan operasi maritim khususnya dalam menangani isu jenayah rentas sempadan seperti kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), penyeludupan dadah dan kontraban serta rompakan di laut.
"Antara kejayaan terbesar di bawah kendalian beliau ialah Ops Pelantar Merah yang menghasilkan tangkapan berprofil tinggi sekaligus mengurangkan kadar jenayah di sekitar pelantar minyak di perairan negara," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Tambah kenyataan, terbaharu Mohd Rosli sedang mengetuai perancangan bagi membangunkan Sistem Pengawasan Laut (SWASLA) di perairan Sarawak dan Pantai Timur Semenanjung dalam usaha meningkatkan kebolehcapaian radar bagi mengawasi semua jenis pergerakan bot atau kapal mencurigakan di perairan negara khususnya di Laut China Selatan.
Katanya, Mohd Rosli merupakan seorang yang komited dalam menjalankan tugas yang diberikan. "Melalui pelantikan ini, diharap dapat membawa sinergi baharu dalam memperkasakan lagi peranan Maritim Malaysia sebagai agensi utama dalam menguatkuasakan undang-undang serta menyelamat nyawa dan harta benda di laut demi kesejahteraan perairan negara," ujarnya.
Antara jawatan Mohd Rosli yang pernah disandang ialah Pengarah Maritim Negeri Selangor, Pengarah Perisikan Maritim Malaysia, Pengarah Perancangan Strategik Maritim Malaysia, Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan serta Pengarah Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim Malaysia.
Jawatan Ketua Pengarah Maritim Malaysia sebelum ini dipangku Laksamana Madya Maritim, Datuk Saiful Lizan Ibrahim selepas Ketua Pengarah ketika itu Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin bersara wajib pada April lalu. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
#Mohd Rosli Abdullah
#pelantikan
#Maritim Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan