awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perkhidmatan awam laksana urusan tanpa kertas bermula Isnin ini - KSN
Musim peperiksaan bukan masa sesuai untuk perhimpunan - MPP UMT
FRIM anjur sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia, tekankan pemuliharaan dan kelestarian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mohd Rosli terima pangkat Laksamana Maritim Malaysia

Bernama
Bernama
12/12/2024
14:30 MYT
Mohd Rosli terima pangkat Laksamana Maritim Malaysia
Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Datuk Mohd Rosli Abdullah, secara rasmi telah menerima pemakaian pangkat Laksamana Maritim berkuat kuasa hari ini. - Foto Sinar Harian
PUTRAJAYA: Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Datuk Mohd Rosli Abdullah, secara rasmi telah menerima pemakaian pangkat Laksamana Maritim berkuat kuasa hari ini.
Upacara pemakaian pangkat tersebut disempurnakan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada satu majlis ringkas di pejabat beliau di Kementerian Dalam Negeri, di sini hari ini.
Mohd Rosli dalam satu kenyataan berhubung penerimaan pangkat tersebut berkata beliau beriltizam untuk terus mereformasikan perkhidmatan dan pengoperasian Maritim Malaysia, sehingga ia diiktiraf sebagai agensi penguatkuasaan maritim terbaik dunia menjelang 2040.
"Penganugerahan pangkat ini adalah amanah besar yang akan saya pegang dengan penuh tanggungjawab, demi kemajuan Maritim Malaysia.
"Saya bertekad untuk terus memperkukuh keupayaan operasi Maritim Malaysia dan memastikan keselamatan serta kesejahteraan perairan negara, sekali gus membina kepercayaan rakyat terhadap agensi ini," katanya.
Beliau turut menyatakan komitmen untuk terus menjalankan kerjasama strategik dengan pelbagai pihak bagi meningkatkan keupayaan Maritim Malaysia, dalam menghadapi cabaran yang semakin kompleks di perairan negara.
Mohd Rosli merupakan Ketua Pengarah Maritim Malaysia ketujuh selepas dilantik pada 17 Sept. Beliau sebelum ini merupakan Pemangku Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Maritim Malaysia
#Mohd Rosli Abdullah
#Laksamana Maritim
#Pangkat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan