awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China wajibkan bateri EV tidak boleh terbakar dan meletup bermula 2026
Penunggang motosikal cedera parah dalam kemalangan tiga kenderaan di Jenjarom
Lelaki Indonesia maut tertimbus tanah runtuh di Bandar Penawar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mohd Sakeri presiden baharu Perbadanan Putrajaya

Bernama
Bernama
14/11/2025
22:15 MYT
Mohd Sakeri presiden baharu Perbadanan Putrajaya
Mohd Sakeri mempunyai rekod perkhidmatan cemerlang dalam pelbagai portfolio pembangunan di peringkat nasional, selain mempamerkan kepimpinan strategik yang kukuh. - Foto Perbadanan Putrajaya
PUTRAJAYA: Datuk Mohd Sakeri Abdul Kadir diumumkan sebagai Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) yang baharu untuk tempoh dua tahun berkuat kuasa hari ini hingga 14 Nov 2027.
Pelantikan itu bagi menggantikan Datuk Fadlun Mak Ujud yang dilantik sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dalam kenyataan semalam berkata pelantikan Mohd Sakeri mengambil kira pengalaman luas beliau dalam perkhidmatan awam serta kepakaran dalam bidang pembangunan dan dasar strategik.
Beliau berkata Mohd Sakeri mempunyai rekod perkhidmatan cemerlang dalam pelbagai portfolio pembangunan di peringkat nasional, selain mempamerkan kepimpinan strategik yang kukuh.
"Dengan rekod prestasi cemerlang dalam bidang pengurusan dan pembangunan, beliau diyakini mampu menerajui PPj ke tahap kecemerlangan yang lebih tinggi," katanya.
Shamsul Azri berkata pelantikan itu dijangka memperkukuh lagi usaha menjadikan Putrajaya sebagai bandar pintar, hijau dan berdaya huni, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Mohd Sakeri, 56, sebelum ini berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pembangunan) di Kementerian Kerja Raya.
Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Ekonomi Matematik) dari Temple University, Amerika Syarikat, serta Sarjana Ekonomi dari Universiti Putra Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Presiden Perbadanan Putrajaya
#Mohd Sakeri Abdul Kadir
#PPj
#Shamsul Azri Abu Bakar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan