awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
China tolak sekeras-kerasnya salah guna bantuan kemanusiaan di Gaza
MALAYSIA
Semua siasatan berkaitan Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu dihentikan - Syahredzan
MALAYSIA
Kes tembak di Meru libatkan kongsi gelap, bukan rambang - Hussein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Mohd Shuhaily tekad perkukuh operasi AKPS, tingkat kawalan sempadan

Bernama
Bernama
01/07/2025
04:30 MYT
Mohd Shuhaily tekad perkukuh operasi AKPS, tingkat kawalan sempadan
Mohd Shuhaily ditemui media semasa hadir pada hari pertama bertugas di bangunan Setia Perkasa hari ni. - Foto Bernama
PUTRAJAYA: Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain menzahirkan komitmen untuk memperkukuh peranan agensi itu agar lebih mantap dan relevan, selaras dengan hasrat serta hala tuju kerajaan dalam mempertingkat kawalan sempadan negara.

Ringkasan AI
  • Datuk Seri Mohd Shuhaily memulakan tugas sebagai Ketua Pengarah AKPS mulai 1 Julai 2025, dengan komitmen memperkukuh peranan agensi itu agar lebih mantap dan memberi impak nyata kepada masyarakat.
  • AKPS ditubuhkan sebagai agensi tunggal kawalan sempadan negara, menyatukan kepakaran pelbagai jabatan untuk menyelaras operasi di semua pintu masuk, selaras dengan Akta 860 yang diwartakan pada Oktober 2024.
  • Mohd Shuhaily berpengalaman luas dalam keselamatan dan hubungan antarabangsa, termasuk pernah berkhidmat sebagai Atase Polis di Washington dan Pengarah JSJ Bukit Aman, menjadikan beliau tokoh strategik untuk menerajui AKPS ke tahap lebih tinggi

Mohd Shuhaily yang memulakan tugas secara rasmi hari ini berkata beliau telah mengadakan pertemuan dengan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Awang Alik Jeman yang memberikan mandat khusus berkaitan urusan pentadbiran AKPS.
"Insya-Allah, tugas saya adalah untuk memastikan AKPS ini dapat dilihat secara fizikal dalam masa yang terdekat.
"(Ini termasuk memastikan AKPS memberi) impak kepada masyarakat seperti yang dihasratkan kerajaan," katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan rasmi Ketua Pengarah AKPS di sini, hari ini.
Terdahulu, Mohd Shuhaily tiba di pejabat AKPS pada kira-kira 9.15 pagi dan disambut oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Ismail Mokhtar serta Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Mohd Jasmi Mohd Juwahir.
Semalam, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata Mohd Shuhaily, 53, dilantik sebagai Ketua Pengarah AKPS bagi tempoh dua tahun mulai 1 Julai 2025 hingga 30 Jun 2027.
Mohd Shuhaily berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Hubungan Antarabangsa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Sarjana Sains Pengajian Strategik Universiti Teknologi Nanyang di Singapura.
Beliau pernah berkhidmat di Washington, Amerika Syarikat sebagai Pegawai Atase (Polis) dari 2010 hingga 2013 dan menyandang jawatan Pengarah JSJ Bukit Aman pada 15 Ogos 2023.
AKPS ditubuhkan secara rasmi selepas pewartaan Akta Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (Akta 860) pada 17 Okt 2024, dan diterajui oleh Datuk Seri Hazani Ghazali sebagai Ketua Pengarahnya yang pertama.
AKPS berfungsi sebagai agensi tunggal di sempadan, menyatukan kepakaran dan sumber dari pelbagai jabatan kerajaan untuk menyelaraskan operasi di semua pintu masuk negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mohd Shuhaily Mohd Zain
#Ketua Pengarah AKPS
#Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami